Assalamualaikum...
Kejadiannya semalam kiteorang join lawatan Puspanita ke Muzium Coklat ni di Kota Damansara. Mati2 ingatkan di Shah Alam rupenyer idok yer. Jauh jugak la dari Putrajaya nih nak sampai ke Damansara tapi tidak lah makan mase sehari. So..ape yang bestnyer di sini? Best ker? Ke biase2 aje?
Sebelum bertolak....mase nih masih di opis. Hujan turun dengan lebatnya seolah-olah memberikan seribu maksud pada kami..cecece.. |
Sedikit info pasal muzium cekelat nih...
Alamat : Muzium Coklat by Fidani, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kemasukan : Percuma
Agak jauh perjalanannye. Sempat la 2-3 round tido. Ekon dalam coaster tuh punya sejuk. Kat luar plak hujan. Wow sangat kan. Ok mase nih baru jer sampai. Sume pun pakat nak amik gambo. Skill amik gambo dah ilang. Mungkin dia pun eksaited nak makan cekelat :P
Iye, kembang semangkuk kan? Pastu langsung takde bedak ke foundation ke, mascara ke ape ker. Totally zero. Malas nau nak mekap bagai. Sejak masuk 3 bulan mengandung nih mood bermekap-mekapan totally lost. Rasa malas-semalasnya nak conteng warna ke muka. Nafsu makan jangan cakap, asyik lapo aje. Takpe, pas bersalin kiter kontrol balik. Iye ker?? Wallahualam...
Orang lain dah masuk kiteorang sempat lagi wefie kat sini. Fotographer amatur. Patutnye dia amik center tapi takpe janji ade gambar sudah.
Masuk je dalam maka taklimat atau penerangan mengenai coklat pun diadakan. Coklat nih ada 3 jenis yer; dark coklat (terbaik), milk coklat dan white coklat (sila elakkan; kalau makan jugak kene minum air banyak2). Kiteorang ditunjukkan jugak rupe biji koko yang mana last sekali prosesnya akan terhasillah coklat yang sedap.
Seronok dengar dia bagi penerangan tu. Ada sesi soal-jawab sket. Tapi nak komen sket, tempat penerangan nih agak kecil yer, tak sesuai untuk lawatan yang agak besar bilangannya macam kiteorang. Tak mesra suasana orang kater. Pastu sepatutnya diadakan tempat khas untuk sesi penerangan nih dan juga alangkah bagusnya jika disediakan kerusi. Bagi ibu-ibu mengandung terutamanya agak penat dan mengah yer kene berdiri agak lama di situ.
Orang bagi penerangan kami sebuk amik gambo :P
Seterusnya kami diberi penerangan tentang asal-usul coklat dan camne la coklat tuh dapat nama.
Selesai kat situ, moh ler kiter ke tempat pemprosesan coklat. Kat sini akan ditunjukkan cara-cara bagaimana coklat itu dihasilkan. Sedap coklatnyer. Nyum2.
Chef-chef nih memang kelakar. Asyik wat lawak aje kejenyer. Hahaha... Di akhir demo tuh, chef bagila kiteorang merasa coklat yang dia buat tuh. Sedap.
Mahap ler puan belog enterpremkan diri lagik.. walaupun muka dia kembang semangkuk |
Ok, pas makan coklat tuh kiteorang dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak muzium. Moh makan. Ibu mengandung memang sokmo lapo.
Mahap kan lagi yer, tak sempat nak rotate. Sedap teh tariknyer. Tq banyak2 pihak muzium :) |
Acara yang dinantikan telah pun tiba iaitu menyopping cekelat. Sila pilih, rambang mata kiter. Sume nak. Macam2 cekelat ada. Nak import nak tempatan sume pun ade. Cuma yang penting sediakan cash sajo. Kaching2 bunyinya. Hehehe...
Hasil kaching2 pada hari semalam. Total damaged dalam RM60.00. Ada yang shopping sampai 2-3 beg besar. Beg kiter nih tergolong dalam beg kecik yer. Hajat dihati nak cari cekelat rare tapi mostly kat situ cekelat yang selalu kiter jumpe di kedai2 kat luar. Tapi shopping jugak la sebab nak rase kan. Bukan selalu dapat datang sini.
Ambik cokelat nih sebab packaging dia menarik. Pastu sebab ade tertera perkataan cheese di situ. Ternyata tak rugi beli sebab sedap. Ada kekesalan di situ sebab beli yang nih 1 jer. Takpe. Mana tau nanti kot2 gi Langkawi leh la beli dengan harapan ade la coklat nih.
Okay kalau tanyer bab harga, rata2 yang pergi semalam menyatakan harga coklat di sini dijual agak mahal malah Datin juga bagitau harga di airport lagi murah berbanding di sini. Kalau di langkawi tuh lagi lah murah kan. Tapi takpe la dah datang elok la beli seketul-2 buat tanda kenang-kenangan.
Jadi kalau tak tau atau takde idea nak bawak anak2 pegi mane cuti sekolah, sini adalah yang terbaik. Dapat makan cekelat dan dapat belajar. Bestkan. Malahan mase kiteorang buat lawatan kat sini pun ramai kanak2 dari tadika, cikgu2 yang turut ada di sini. Bestkan.
Jom..
Wrote by Ana Baizura