Cuti-Cuti Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

Trip ke Kuala Terengganu
17-19 Mac 2018
Hotel Felda Residences Kuala Terengganu
Day 1

Hotel dibooked dari hujung tahun lepas dan cuti ini dirancang dah lama. Asyik bertangguh dan tertangguh jadi mari kotakan janji dengan anak-anak. Tak baik tangguh, nanti tak pegi langsung.

Bertolak dari Jerantut lebih kurang 12.30 tengah malam dan sampai jam 6.30 pagi di Nasi Dagang Atas Tol. Destinasi pertama kami. Orang dah ade masa tuh tapi tak ramai so tertunai hajat di hati nak makan kat situ. Almaklum tempat viral kan.




Kebanyakan pelanggan awal pagi adalah mereka yang baru balik dari masjid untuk solat subuh berjemaah. Jadi singgah sarapan kat situ dulu. Rasanya nasi dagang atas tol nih guna beras basmathi. Sedap walaupun dimakan dengan nasi sahaja. Terbaek. Lain kali kalau ke sana mesti singgah berkali-kali. 


Lepas makan kami sekeluarga ke Taman Tamadun Islam (TTI). Sebelum sampai Kuala Teganu dah pasang hajat untuk solat di situ tapi masa sampai kat Masjid Kristal tuh, pengunjung tak dapat masuk kerana masjid sedang dalam pengubahsuaian. Hampa rasanya tapi takpe dapat sampai kat situ pun dah alhamdulillah. 




Cantik sangat Masjid Kristal nih. Tak puas memandangnya. Walaupun dapat tengok dari luar saja tapi puas hati. 




Selesai tawaf masjid, kami ke Taman Monumen. Nak menawaf kesemua monumen-monumen itu dengan berjalan kaki memang idok le. Panas ya robbi kome. Masa kami sampai orang belum ramai lagi tapi panasnyer usah cakap le. Memang Malaysia panas sangat masa tuh. Huhu.. itu panas dunia.. panas neraka? Astaughfirullah....




Okay, kiteorang amik pakej taman monumen dan river cruise. So ok lah untuk weols berlima. Masuk dalam taman monumen tuh dapat pasport. Korang boleh pilih nak berjalan kaki, naik buggy, tram atau basikal. Disebabkan weols nih malas nak berjalan maka kami sebulat suara bersetuju untuk naik buggy dengan bayaran rm48.00. Dapat sorang pemandu pelancong aka pemandu buggy berkenaan. Dia lah yang menerangkan kepada kami kesemua sejarah-sejarah monumen berkenaan. Best weh. Hahahaha.. mari belajar sejarah. 





Baru sampai 2-3 monumen dapat kol dari river cruise so marilah kita naik bot. Selesai naik bot leh sambung belajar sejarah monumen-monumen nih. Untung amik pakej nih sebab pakej nih bersekali dengan makan. Pas settle semua leh makan dengan gumbira.




Penerangan yang jelas dan diselang-seli dengan lawak. Baru orang naik bot tak boring. Hehehe... 




Settle kat TTI lebih kurang 12 tengahari lebih rasenyer. Jadi marilah ke hotel.  

Check in di hotel Felda Residence Kuala Terengganu. Alhamdulillah lega. Dapat rehat, mandi, solat dan buat apa yang patut. Budak-budak nih bantai tido. Penat sangat kat TTI tadik dengan panas nyer lagi kan. Itu pun sebab ayahnyer bising baru nak tido kalau tak masih melompat lagi. Hahaha...



Aktiviti petang tu adalah makan-makan. Tak lengkap trip ke Teganu kalau tak makang ikan celup tepung aka ict. Gerai yang berada di carta pertama ict ofkos warung pok nong. Tapi mak aiii ramai benor orang beratur. Malaih la nak beratur panjang cenggini. Tak daya, tak koser. Kalau takde budak kecik mau gak la beratur tapi bile ade baby nih banyak bende kene consider so warung adik-bradik kami melantak ict petang tuh.




Tak seramai orang di warung pok nong tapi tetap jugak beratur. Cuma tak la sampai ke luar. Tempat kosong masih ada. Pulak tuh kat sebelah warung nih ada buaian yang ala-ala lombok. Mak bapak yang bawak anak kecik macam kami nih dah puas hati sangat dah. Sebabnyer anak-anak leh la bermain sambil mak bapaknyer melantak ict. Hahahaa...


Cantikkan?? Hanya di Kuala Terengganu . 




Trip kami nih lebih kepada trip makang-makang. Asal ada orang cakap makanan sedap ja sampai lah kami. Ini baru 1st round. Hahaa..orang dah selesai makan kami masih dok ngap, ngap. Oh btw nak bagitau, teh ais warung adik-beradik nih sedap. Tak la sampai meleleh tapi sedaaaaaaaaaaap. Ingat nak repeat lagi teh ais tuh sayangnya dah abes. 



Haii..merenung masa depan ke kakak? Huhuhu...



Malam tuh plan nak ke pasar malam jalan hiliran sebelah giant tapi sudahnya kami tertido. Penat sangat. Budak-budak nih pun tido tak hengat dunia. 



Alhamdulillah. Settle hari pertama. Syukur sampai jugak kami ke sini. Bercuti masa cuti sekolah nih memang ramai orang tapi nak wat cemana kakak tari pun dah sekolah. Takkan nak suh dia ponteng kan. Jadi hadap je la. Lagi pun best gak ramai orang nih..cewahhh..

Bersambung day 2 .





Share:

1 comments

  1. Best nyer. Seronok bawa family kalau bercuti ni. tgk budak2 ceria jerr...

    ReplyDelete