Assalamualaikum...
Berbekalkan sebalang pisang salai, sebotol air masak, di kiri kipas terpasang, di kiri sket lagi budak afeef sedang ralit bermain dengan bantal busuknya. Kadang-kadang dia menjerit nak kan perhatian mamanye yang ralit di pc. Jadi mari mulakan entri ini sementara mood masih ada.
Mari mulakan dengan Day 1. Kene taip dengan cepat, pantas dan ringkas.
DAY 1 - 15 JULAI 2017 (SABTU)
- tiket pergi dan balik RM600.++
- bertolak jam 3.40 petang dan sampai 3.40 petang di Medan
- waktu di medan lewat sejam dari Malaysia
- bayar RM1600 untuk pakej travel agent bapak yudi (bayar di Medan)
- Supir bapak Shahir
- makan di Nasi Ayam Penyet Cindelaras - hoiiii sedaaaapp bangat
- menginap di Hotel Green Garden, Berastagi - cenggini besssssttt
----------------------------------------------------------------------
Credit pic google |
PERCUTIAN KE MEDAN
4 HARI 3 MALAM
2 ORANG DEWASA
2 ORANG KANAK-KANAK
1 ORANG BAYI
15 - 18 JULAI 2017
Total untuk 5 orang pergi dan balik adalah RM600.++. Jumlah sebenar tak hengat tapi tak cecah RM700 pun. Beli taun lepas (masa promo) sebelum kehadiran si afeef so beli untuk 4 orang sahaja. Tiba-tiba dapat berita menggembirakan mengandungkan si afeef. Apatah lagi dengan kehadiran si hero plak tu. Hero yang kami tunggu-tunggu selama 7 tahun. Hehehe.. alhamdulillah, Allah swt makbulkan doa kami untuk dapat anak lelaki setelah kehadiran 2 orang puteri comel dalam kehidupan kami suami isteri. Alhamdulillah.
Tambahan RM100 untuk infant. Semuanya dibuat last minute. Sebab tak jangka nak pergi pun sebenarnya. Packing baju pun pukul 9.00 pagi hari bertolak ke KLIA. Hahaha... Ops... sebelum tuh tambahan RM100 untuk buat pasport si Afeef. Semuanya last minute. Cari supir pun dalam masa 3 hari sebelum ke Medan.
Menunggu erl untuk ke KLIA2. Budak-budak eksaited nak naik kapal terbang. Mak pak nyer lemau lagi time nih. Hehehe...
Flight delay ke 3.40 petang. Kerusi penuh so lepak la kat bawah. Sepanjang percutian kiteorang ke Medan, alhamdulillah afeef tak banyak ragam. Flight pun tak sampai sejam sajo so ok la. Budak-budak nih pun tak boring.
Tiket berlepas jam 3.05petang. Tapi macam biasa delay so 3.40 petang baru berlepas ke Medan. Sampai Medan jam 3.40 petang. Medan lambat sejam dari waktu Malaysia. Yeayyy... suka-suka. Suka benor dengan negara yang lewat sejam nih.
Sampai di Kualanamu, alhamdulillah kiteorang dapat fast lane. Kalau tak jenuh la beratur panjang macam kat belakang tuh. Dah la kiteorang paling last keluar dari kapal terbang. Syukur, Allah permudahkan.
Sampai Medan semuanya berjalan lancar, supir dah sedia ada menunggu siap dengan kertas tertulis nama kiteorang. Hahaha..
Masih lagi di airport Kualanamu. Mase nih tunggu supir gi amik kereta. Panas gak la masa menunggu tu tapi takde masalah janji semuanya selamat.
Pakej dengan bapak Yudi 4h3m adalah berjumlah RM1600. Bayar di pejabat dia kat Medan. Beli simkad pun kat sana, pekerja dia tolong belikan. Tukar duit pun kat situ jugak. Senang. Tukar duit RM500 convert ke Indonesia Rupiah dah jadi 1 juta lebih. Makcik kayo...makcik kayoooo... hahahaha... (poyo la makcik nih).
Makcik kayooo....jutawan 4 hari sajo |
Settle kat situ dalam jam 5 petang lebih. Ingatkan nak bermalam di bandar medan tapi tidak. Bapak Shahir supir kiteorang nak bawak ke Berastagi petang itu jugak. Perjalanan ke sana ambil masa 5 jam dari medan ke Berastagi. Tapi tak terasa sangat sebab kami bantai tido kecuali pak encek. Dia kemain berborak dengan bapak Shahir. Peramah betul bapak Shahir. Mengikut kata supir dalam bulan 12 taun ini, highway akan siap so perjalanan hanya akan ambil masa 2.5 jam berbanding 5 jam macam sekarang. Wahh.... best kan.
Sebelum tuh kami singgah makan di Nasi Ayam Penyet Cindelaras dengan taglinenya " Orang cerdas suka pedas".
Eh-eh... tertido plak makcik kayo kat situ. Hahaha... nih dari kamera hp. Mak aii tak sharp langsung, bergegor gambonyer.
Afeef dan pak encek. Senyum kemain. Dah lapo nih...mane nasik...nasik...o0o0o nasik... eh silap. Saya tak mamam nasik lagi, saya baru 4 bulan.
Sedap bangat. Semua nih dah termasuk dalam pakej. Siap ada tambahan sayur kangkong (supir yang suggest makan dengan sayur kangkong) dan es jeruk iaitu fresh oren lagik. Waahh....sedap weh. Masa dok taip nih teringat-ingat lagi kesedapan ayam penyet nih. Kenyang giles makan nih. Air suam memang ada la dengan nasik sarah lagi kiter bantai. Hahaha... bab2 makan nih memang best ekekeke.
Selesai makan moh ler kiter bertolak ke Berastagi yang ambil masa selama 5 jam. Fuhh...tapi langsung tak terasa sebab kami bantai tido. Letih weh kecuali pak encek; sakan dia borak ngan bapak shahir.
Afeef dan pak encek. Senyum kemain. Dah lapo nih...mane nasik...nasik...o0o0o nasik... eh silap. Saya tak mamam nasik lagi, saya baru 4 bulan.
Pecal Lele - pak encek punyo |
Selesai makan moh ler kiter bertolak ke Berastagi yang ambil masa selama 5 jam. Fuhh...tapi langsung tak terasa sebab kami bantai tido. Letih weh kecuali pak encek; sakan dia borak ngan bapak shahir.
Wrote by Ana Baizura