DAY 3 : 17 JULAI 2017 (ISNIN)
- Check out Hotel Parapat Jasa Lake Resort
- Shopping di Kedai Paten Tang-tang, Ting-ting, Tung-tung
- Bersiar-siar di kotaraya Medan
- Melawat Masjid raya Medan, Istana Maimun
-Beli kek Bika Ambon Zulaikha
-Check in Hotel Madani Syariah
-Shopping di Pajak Ikan
- Pulang ke Malaysia
Assalamualaikum...
Sejuk. Tapi pemandangannya sangat lah cantik. Sumpah cantik. Lain kali mesti datang lagi tapi mungkin budak-budak nih dah besar. Mungkin 5 tahun lagi. Mungkin dah kena amik 2 buah bilik. Argh... lambatnya 5 tahun lagi.
Breathtaking omputih kater. Tasik Danau Toba tuh memang menggamit kenangan dan memori terindah sangat. Sampai sekarang bila sebut Danau Toba mesti terbayang-bayang keindahan birunya air tasik tu. Ciptaan Allah swt yang Maha Agung. Alhamdulillah kami berlima selamat sampai dan menikmati pemandangan terindah ini.
Afeef masih cheeky waktu nih. Budak 4 bulan dah naik kapal terbang, dah ade passport, dah pergi melancong. Mama dengan ayah dulu time kerje baru merasa naik kapal terbang. Itu pun pegi Langkawi pasal nak attend meeting (mama la; muka pasrah). Alhamdulillah afeef tak banyak kerenah. Good boy sangat.
Pemandangan sekitar hotel. Masa nih tak ramai orang lagi. Kalau larat leh la turun tangga ke bawah menikmati dinginnya air tasik waktu pagi. Kami hanya di atas. Payah nak turun. Hehehe..
Sarapan kat hotel nih best juga. Walaupun tak banyak tapi puas hati. Ada warga tempatan di depan meja kami. Sopan nya bercakap persis sinetron sampai kadang-kadang terasa macam kami pun turut berlakon dalam sinetron tu. Hahaha. Tapi betul tak tipu. Diorang memang baik, peramah, cakap lemah lembut, amat membantu kita pelancong-pelancong nih.
Inilah mobil yang bawak kiteorang bercuti sekitar Medan.
Selesai urusan check out, maka tayar mobil pun bergolek lah ke kotaraya Medan untuk ke destinasi seterusnya. Percutian kali nih lebih relax dan santai. Tak nak yang rushing dan terlalu ikut jadual. Kite kan nak bercuti perlulah santai - free kan.
Ohooohoiiii jadi ini lah rupayan kedai paten tang-tang, ting-ting tu. Ku sangkakan berada di tengah-tengah kota rupanya tidak. Jom tengok apa yang ada.
Shopping kat sini abes dalam RM100 lebih. Lebih kepada hadiah sebenarnya kedai kacang nih. Ok lah not bad. Kene pegi baru tau macam mana kan. Masa kami sampai nih, bahagian belakang kedai nih dinaik taraf, toilet pun baru, bersih. So pada kami, puas hati lah.
Disebabkan pergi lepas raya aidilfitri jadi ade la lagi lemang-lemang nih di tepi-tepi jalan raya. Pak Shahir suggest yang nih. Katenyer sedap jadi mari singgah dan makan.
Memang sedap. Kat sini diorang makan dengan kaya. Kite kat Malaysia lemang cicah rendang ker serunding ke kan. Diorang simple sajo, dengan kaya pun sedap.
Sampai jugak di Masjid raya Medan. Kami cuma berhenti sekejap je tak masuk ke dalam pun. Kat sini ramai yang jual sevenir. Macam-macam ada. Beli jugak la wat kenangan.
Masjid raya Medan |
Sementara menunggu Encik Is dan Pak Shahir borak sakan, weols nampak pakcik nih. Jual es kacang. Waahh teringin nak rasa. Mari beli dan rasa. Hahahaa... ternyata pelik di tekak kiter. Hahaha.. abc kat Malaysia juga di hatiku.
Okay dah sampai hotel. Check in kat hotel Madani Syariah, hotel patuh syariah. Pun baik layanannye. Hotel agak lama tapi selesa.
Orang pertama rasmi katil; afeef. Acara malam kiter makan lagik.
Pak Shahir bawak makan kat kedai nih. Dah lupa nama kedainya. Kami makan dengan bahagia. Hahahaah....
On the way balik hotel nampak makanan nih. Eh mari beli. Agak mahal jugak la. Dalam rm20 lebih. Tapi besau. Kenyang sebulan.
Sarapan pagi. Menunyer banyak dan sedap. Budak-budak nih kalau sarapan kat hotel, omelette mesti tak tinggal. Pas sarapan jom check out.
Ops.. hampir terlupa. Weols membeli-belah sedikit ole-ole bika ambon rika. Rasanya ok la. Lain orang lain kan taste nyer tuh. Tapi takpe janji kite dapat rasa kan. Huhuhu. Sebelum ke airport, weols ke Pajak Ikan, shopping sket lagik apa yang patut. Istana Maimun hanya tengok dalam kete sahaja sebab tak nak singgah. Lain kali lah. Tapi tengok lah camne...Hahahaha.
Akhirnya sampai jugak di airport. Tak sabar nak balik Malaysia. Encik Is bagi tips lagi pada pak Shahir atas perkhidmatan dia yang cemerlang. Tak rugi datang Medan. Dah la dekat dengan Malaysia, orangnya ramah - tamah pulak tu.
Bye-bye Medan. Lagi 5 tahun insyaAllah kita jumpa lagik yer.
Wrote by Ana Baizura