Assalamualaikum...
Kami mulakan hari ke - 2 dengan bersarapan nasi minyak Kuala Terengganu. Lokasinya berdekatan jalan raya. Mula-mula sampai kami menunggu seketika sebab matahari dah mula naik so di sesetengah meja dah panas so nak cari yang teduh sket kena sabar menunggu. Kedai nih kawan encik Is yang rekomenkan. Terbaek weh...
Ada yang bungkus, ada yang makan kat situ. Nasib keluar awal so dapat la tempat walaupun kene menunggu jugak kan. Kalau lewat sket alamat lagi lama la menunggu tempat kosong.
Atas meja pun leh main. Budak sedu so tampal tisu.
Nindiaaa.. nasi minyak sudah sampai. Ada lauk daging, ayam pencen dan ayam biasa. Kiter punyer lauk daging. Sedappp.
Ok, hari kedua adalah hari yang dinanti-nantikan. Tau sebab ape? It's shopping timeeeee!!!! Hehehehe....
Settle sarapan kami bertolak ke destinasi kedua iaitu :
Iye. Pasar Besar Kedai Payang. Yeayyy. Punyalah eksaited hahahaha...poyo gilers. Kiter benti kat acik nih. Dia jual serunding. Jadi kiter beli serunding daging dan ikan. Sedap weh... tak rugi beli. Mula-mula encik Is tanyer aik dah nak raya ker? Perli la tuh.. tengok-tengok dia yang dok makan ngan nasi, bihun, dan segala macam makanan lagik. Haaa...kan ada gunanya beli awal kan. Tapi beli awal habis pun awal. Kekekeke.
By the way, serunding ikan kurang laris di rumah ahkak sebab ikan kan bertulang so lambat sket la lakunyer. Tengok la mood cane mungkin buat popia simpul...mungkin.
Tengok..... punya banyak kuih-muih. Pilih saja mana yang berkenan. Tapi kiteorang tak beli pun. Ambil gambar aje. Hehe..
Lambakan keropok. Macam-macam ado. Pilih saja, keluarkan duit dan dapat. Leh mamam. Settle. Kami beli keropok kat tempat lain, kat luar sket.
Ayuh kita naik ke atas. Tudiaaa, pilih jangan tak pilih.
Kiter borong kain batik kat sini. Bila penjual tu tanyer nak brape helai, ahkak terdiam sekejap mula mengeluarkan tangan dan mencongak-congak berapa sebenarnyer yang harus dibeli. Kene bagi sama rata biar adil. Gitew.
Hurm..mata kiter tertumpu pada kain songket purple gelap tuh. Cantik, harga pun ok jugak tapi bila memikirkan panasnya nanti bila menyarungkannya terus tak jadi. Tapi mata tetap dok tengok jugak. Bila pikir balik, macam rugi pulak tak beli arituh, biarlah panas pun janji cantik. Hahahaha...
Kiter tak berape minat dengan sutera batik. Tapi memang cantik weh. Sesuai kalau sape-sape yang suke leh datang sini. Harga murah lagi dari luar. Cuci mata aje lah sebab tujuan utama datang pasar payang nih nak borong keropok untuk kudap dan buah tangan. Tapi terbeli jugak la jubah kaftan. Hahaha... Lawo. Kaler pink. Kale peberet. Kuikuikui...
Hasilnya. Lenguh tangan kiter. Encik Is dukung afeef. Gilir-gilir la kami arituh. Budak berdua tuh suka dah dapat mainan.
Dan lagi. Ini kene beli, wajib.
Musim cuti sekolah nih seeloknya datang awal. Sebab utama parking la. Macam kat Pasar Payang tuh kami parking agak jauh sket sebab dah penuh kan.
Untuk makan tengahari kami ke Restoren Mat Binjai. Apa yang spesel kat sini?
Dia hidangkan semua lauk yang dia ada. Cuma bayar yang kita makan saja. Macam makan kat Medan plak. Hehehe.
Kegemaran abg besar, telur penyu. Kiter tak makan. Dia la suka. Kiter makan makanan lain. Settle makan meh la ke Chinatown untuk amik gambo.
Naik grab ye. Sebab jem yang teramat. Malas nak drive so grab sajo. Sebenarnye dekat aje Pasar Payang dengan Chinatown. Jalan kaki udah sampai. Sebenarnya lagi hotel yang kami duduk tuh, Felda Residences dekat jer ngan Pasar Payang. Dekat sangat rasanye dalam 10 minit dah sampai tapi disebabkan jem nampak lambat dan jauh.
Cuci mata ....
Welcome to Chinatown. Mari amik gambar di tengah-tengah kepanasan yang membahang.
Settle amik gambo meh la cari keropok lekor plak. Penat memang penat tapi kene cari jugak sebab bila dah balik hotel dah malas nak keluar balik. So mari cari.
Kami beli di sini. Nama kedai nih tak hengat pulak. Settle borong keropok lekor mari lah balik ke hotel. Berehat dan tido kejap. Penat wehh. Nanti-nanti la keluar semula. Itu pun kalau larat.
Gambar diambil dari tingkap bilik hotel. Kami keluar semula malamnya. Jalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu.
Settle makan malam kami pun balik hotel untuk beradu. Simpan tenaga untuk balik ke rumah esok pagi. Rindunya Kuala Terengganu, bila lah dapat datang lagi...
Bersambung...