Misi Mencari Durian Batu Kurau

Assalamualaikum...

Hari ini 13/7 adalah hari terakhir berada di kampung halaman di Perlis. Termasuk arini, 5 hari kami berada di perlis utk menyambut ramadhan bersama mama n adik2. So, arini ada misi yg akan diselesaikan sambil otw ke base kami di seri kembangan. Misinye adelah mencarik durian Batu Kurau atau org setempat sebut Tukuro je hehehe.. 

Tukuro ni adalah kg mak n ayah mertua kite tapi kat sini dah tak ada sape dh, tinggal mak2 sedare je. so sgt jrg blk sini. menurut encik suami, durian disini adalah antara yg terbaik dan pernah beberapa kali masuk dalam tv utk rancangan Majalah 3, 360 dan lain2. Antara program tu boleh klik sini. Memandangkan encik somi dah lama xmerasa durian sini, so dia nk sgt singgah utk mncari sndiri durian ni.

yay, smpai kat pekan batu kurau dah. sikit je lg nak sampai

Pekan ni en somi bgtau sama je dari dulu mcm ni. Tak banyak perubahan.. Syok sbb kenangan dulu2 msih dapat dirasai








Ada cakap2 di media sosial bgtau pasal durian tukuro ni harga murah. Kat wasap, kat fesbuk smua dok canang pasal ni. tp kebenarannya adalah sebaliknya. takdela smpai selonggok RM20. pekebun nak makan apa pulak nnti kan. Peraih masih jual secara kilo, paling murah pon RM1.50. membongak je cerita kat fesbuk tu. Beli selonggok siap sedekah selonggok lg.. hakdoi





Pusing punya pusing, kami smpai la kat kg sempeneh ni. en somi main gamble je masuk. Info yg dia dapat dari kwn yang pernah dtg kesini 2 minggu lepas, masuk jalan kampung ni smpai jumpa pintu gerbang kedua, pastu ikut kiri. Itu je info nyer.. hahahaha.. pastu umah mcm mana pon xtau. pusing la kami ni. tp syok la, suasana dia mcm kt kampung chaq (moyang kami) yg dekat yan tu. jalan sempit, umah kampung kiri kanan disamping pokok2, nyaman je, dah ronda2 last2 kua balik jalan besar. hahaha..








Atas dasar kesabaran yg tinggi, akhirnya kami jumpa jugak satu port peraih tepi jalan ni. Apa lg, pusing la satu kali. hehehe.. nah kah, banyaknyer buah dia. encik somi pon deal la. tanya berapa harga. satu kilo RM2 je. fuhh, jauh btol harga ngn yg kat kl. walau bukan D24 ke, musang king ke tp hanya durian kampung, dah berapa harga. aritu beli sekilo RM10, sbijik dah 2.5kg, so sbijik 25 hengget. hambik kau.. yg ni encik somi pilih2 buh dalam bakul dapat 20kg. baru Rm40 hengget. 13 bjik smua saiz sederhana. fuh, xsabar nak merasa blk nanti..



Penjual lain pon ambik kat sini. Suasana meriah, kejap dtg pekebun, kejap penjual..


Kakak putari dok sibuk main anak ayam. Maklum la besar kt bando kononnyer. ayam pon xkenal. hahaha


Nah, pilih jele


Pemandangan biasa kat sini, sana sini pekebun sibuk menjual hasil kebun kpd peraih


RM40 utk 13 bijik. ok ke idok mengkeme? huhu


Malam nih pakat bantai 2-3 bijik durian... kalo panas jangan salahkan ekon yang tak sejuk yer..hahahaha.


Share:

2 comments

  1. Cari la Durian Penang.. durian kampung mmg murah. Tapi x sepower durian penang.

    Mahal? Org melayu ni, biasalah.. duit kupang mmg kedekut dan jimat nak mampus. Kualiti mau hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete