Masak-masak : Nenas Masak Lemak Ikan Talang
Assalamualaikum...
Teringin benor lakibini nak makan nenas masak lemak ikan talang. Dah dekat berminggu jugak la punya kempunan tu. Last2 ari ahad tuh encik Is gi beli nenas. Wah gumbira di hati. Hahahaa...mak2 sangatkan. Bangun pagi ari ahad tuh tengok2 kat dapur ade nenas sebiji. Dah tau dah nih tak lain tak bukan kene masak lemak ikan talang. Wajib!!
Mulanya plan nak masak untuk makan tengahari tapi encik Is ajak pegi car boot sales kat puncak jalil pagi tuh. So weols pun pegi la tapi pegi pun mase tuh dah pukul 11 lebih dah. Hahahaha... pegi sana beli seluar 2 helai untuk puteri yang lain tuh cuci mata sajo. Opss..encik Is beli mainan untuk diri sendiri yakni kapal perang guna minyak masak rm10. Hahaha.... gambar kiter tak shoot plak tapi ralit gak la tengok dia main kapal tu.
Okay berbalik kepada masak-masak kiter tuh. Pas solat zohor kiter mulakan misi masak nenas nih. Nenas buah peberet. Sambil potong sambil ngap. Hahaha... meh tengok resipi ringkas sesuai untuk kanak2 yang tak makan pedas. Sebab kiter memang tak letak cili padi. Kalau letak alamatnye memang puteri dan sarah tak dapat makan. Diorang nih kaki tak pedas. Tak macam kami lakibini. Hatta pedas sket pun tak boleh. Haishh...
Bahan-bahannya ringkas sangat. Cara masak plak senang sajo. Tapi tu la ini stail kiter. Ringkas is mudah. Mudah is senang. Senang is jimatkan masa. Gituuu... jom kiter tengok bahan2 untuk main masak2 kali ini.
Bahan-bahan :
Sebiji nenas
Ikan talang
Santan
5 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
Cara memasak :
Mula-mula kisarkan bawang merah dan kunyit hidup.
Lepas dikisar cenggini la rupenyer |
Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Kemudian masukkan ikan talang. Masak hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan serai yang telah diketuk dan diikuti santan. Santan nih ikut suka la yer nak masukkan banyak mane pun. Kacau2 kemudian masukkan nenas yang telah dibasuh dan dipotong tadi. Kalau nak letak garam sket pun boleh tapi tu la ikan talang kan dah masin. Again, ikut pada kesesuaian tekak masing-masing. Masak lemak nenas ikan talang yang kiter masak nih memang langsung tak pedas yer. Kalau suke pedas leh letakkan 5-10 biji cili padi. Kisarkan sekali dengan bawang merah dan kunyit hidup. Gitu caranyer. Masak untuk budak2 makan nih memang tak leh pedas kalau tak sokmo la mintak air.
Tengok...dah mendidih. Boleh la tutup api. Kiter buatkan jugak lauk sampingan iaitu telur dadar dan gorengkan ikan manis. Sedappp wehhh makan dengan nasi panas2.
Err.. tak sempat nak rotate. Adoiii. Takpe la sesekali excercise leher pun ok gak. Takde la urat tegang aje kan. Kekeke... Minuman sirap sajo. Senang mama ngko. Makan depan tv memang heaven. Hahahaha. Sarah asyik meratah telur dadar. Suap nasi tak nak. Pastu duk ulang la minum susu. Adesss. Yang si kakak manjang lapo. Dah makan pas asar tadi pun nak makan lagi. Adat kot kan budak tengah membesar. Iye lah..pasnih mama ngko goreng nuget je la kakak.
Permata hati mama dan ayah. Soon bertiga. Doakan agar dipermudahkan yer. Aaminn...
0 comments