DAY 2 : 16 JULAI 2017 (AHAD)
- menginap di Hotel Green Garden Hotel, Berastagi
- melawat Air Terjun Si Piso-piso
- menikmati pemandangan Berastagi ,Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak dari Bukit Gundaling
- ke pasar buah
- menyelusuri tasik ke Pulau Samosir - skip
- melawat perkampungan kaum Batak - skip
- menginap di Hotel Parapat Jasa Lake Resort
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum...
Blog sendu kembali lagi bersiaran meneruskan entri Medan part 2. Sepanjang perjalanan dari bandar Medan ke Berastagi langsung kami tak terasa sebabnyer kami bantai tido. Hahaha..cuma nyer incik Is je yang borak sakan dengan supir Shahir. Dalam perjalanan menuju ke hotel Green Garden nih, bapak Shahir cakap ade satu hotel yang pemes di kalangan rakyat Malaysia. Namanyer tak leh bagitau la..hehehe. Tapi sayang seribu kali sayang hotel tuh berhantu. Dah ramai yang kene kate nyer. Al-kisah ade pompuan bunuh diri dalam salah satu bilik hotel tu. Ramai jugak la supir-supir dah tak berani pegi sana sebab katenyer memang ngeri la. Tapi hotel tuh cantik. Kiteorang nak ke hotel Green Garden nih lalu la kat hotel tuh. Tapi lalu ja la tak nak la menginap kat situ tambah-tambah weols ada baby lagi laa kannn.
Bangun pagi di hotel nih sangat nyaman, sejuk udaranya. Best la tapi kiteorang tak mandi di kolam sebab sejuk sangat. Hotel nih tak ade ekon, macam di cameron highland la. Kalau ada kompom jadi beku dalam bilik. Hahaha..
Masing-masing tido dah tak hengat dunia. Tak sempat nak amik keadaan dalam bilik sebab masa sampai dah ngantuk. Tapi dont worry sebab selesa. Pagi masa otw nak sarapan, ahkak ingatkan ade orang menyapu kat atas, almaklum ahkak dan family duk tingkat bawah (best o0o0, bukak pintu terus pool). Ahkak rase nak marah ade ke patut dia menyapu kene orang bawah. Incik Is cakap dia pun kene gak. Eh..tapi pelik sebab otw dari bilik ke tempat makan tuh habuk merata-rata. Ahkak dongak ke atas takde pulak orang menyapu. Misteri sangat nih. Rupanya ahkak tersilap. Habuk-habuk yang berterbangan tu sume ade lah debu-debu dari gunung berapi yang masih aktif di sini. Wow..teruja sekejap. Hahahaha. Mahap ler, tempat ahkak takde debu gunung berapi yang ada debu-debu asap sampah aje kome.
Menunye tak banyak tapi alhamdulillah sedap dan opkos kenyang. Ahkak suke dengan nasi goreng hotel nih. Hehehe..ahkak dan makanan tak dapat ler kome nak pisahkan.
Settle makan jom la check out. Rasenyer diorang tu orang Malaysia (yang dalam gambar tu). Cakap ala-ala loghat penang sket. Tapi masing-masing pun wat hal masing-masing kekdahnya.
Destinasi pertama adalah menikmati panorama indah Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak dari Bukit Bundaling. Nak ke sini mengingatkan keadaan jalan raya yang bersimpang siur ke Cameron Highland. Cuaca panas tapi hembusannya dingin sekali. Waahh..best kan. Sesekali datang ke tempat macam nih. Terasa aman sekali.
Suasana di sini berbeza sekali. Rasa macam dalam sinetron pun ada jugak. Rata-rata pengunjung di sini adalah rakyat tempatan Indonesia. Tapi yang bestnya diorang semuanya ramah-tamah, sopan dan lemah-lembut. Di sini ada ditawarkan perkhidmatan fotografi. Amik la gambar sedas-dua untuk dijadikan kenangan.
Mr. Photographer sedang sibuk mengedit gambar kiteorang. Hahahaa.. kedai simple sangat, mungkin ada 4-5 kedai khidmat fotografi camni, brelumba² mendaptkan pelanggan dengan harga pakej mereka yg tersendiri. Yang kmi ambik ni dengan bayaran Rp70,000.00 utk 3 keping gambar. Congak² jatuh RM7 utk sekeping, kira bolehlah. kami pun ambik la pakej tu.
Di sini ada banyak pokok-pokok pine, bunga-bunga dan miniatur rumah kaum batak serta patung-patung yang berpakaian adat karo.
Kakak dgn sarah kalau bergambar pandai sgt posingnye |
Nak ambik gambar kat sini pun beratur haihh. Almaklum ramai benor orang nyer. Ada kisah disebalik patung nih. Bak kata supir, sesape yang mengambil gambar di sini akan dipermudahkan jodoh. Mula² ingat patung tu pegang baby, rupanya jambangan bunga.. hehehhe
Tengok gelagat orang bergambar. |
Deretan studio tempat memproses gambar-gambar pelanggan. Kat sini agak bingit sebab diorang pasang muzik kuat bangat. Iye la kawasan muda-mudi kate kheennn.
Gambar pun sudah siap. Jom la kiter ke destinasi seterusnya. Alhamdulillah syukur, budak-budak nih tak buat hal sangat. Masing-masing seronok gamaknya. Lega mak pak ngko.
Perkampungan Berastagi. Sini kobisnya besar-besar. Gambar kobis tak amik pulak. Takpe nanti korang pegi korang tengok sendirik yek.
Otw ke Danau Toba kiteorang benti kat sini. Limaunyer meruntun perut minta dimakan. Jadi untuk tidak menghampakan limau maka incik Is pun turun memetik dan membeli untuk dibawa ke hotel. Weols tak turun, Afeef tido mase nih. Walau pun panas tapi sejuk udaranya.
Rasa limau nih biasa-biasa saja. Sedap cara limau la. Hahaha. Kat Malaysia pun leh dapat kan. Ada yang kecik ada yang besar. Sediakan rupiahnya saja. Oh ye, kat sini dorang panggil limau ni jeruk. Pelik jugak mula² en is tanya dorang yg besar sikit tu limau yg sama atau jenis lain, lepas tu dorang cakap itu 'jeruk'.. haduih, jeruk pulak dah.. gasak la tmpt ampa.. hahaha
Amboih borak sakan bapak shahir. Ini supir kiteorang. Ramah - tamah orangnya. Suka wat lawak. Banyak pengetahuan tentang sejarah di Medan nih. Tanya lah ape aje pun mesti dia boleh jawab. Bawak kete pun ikut peraturan jalan raya tapi peraturan jalan raya kat sana lah. Hahaha.. Lagi satu, bapak shahir nih sangat particular bab halal-haram. Punya banyak kedai makan kat tepi-tepi jalan tuh masa nak ke danau toba, satu pun dia tak benti. Sebab dia cakap, dia sebagai orang tempatan pun sangsi kehalalan status gerai makan kat situ al maklum orang batak kebanyakannya kristian. Dan juga korang akan kerap kali jumpe B1 dan B2.
Kat sini diorang refer B1 sebagai anjing dan B2 sebagai babi. Memang banyak diorang peragakan daging-daging B1 dan B2 untuk dijual. Ada yang gantung camtuh aje, kepala B2 tuh alahaaiii dipotong-potong. Sape nak leh la beli. Mahap la gambar tak amik, ahkak is loya.
Dalam perjalanan ke Air Terjun Sipiso-piso nih memang banyak tempat yang menarik. Ramai remaja Medan benti di tepi jalan untuk mengabadikan foto-foto mereka sebagai tanda kenangan.
Dah sampai. Panas tapi cuaca sejuk. Nyaman jer. Pun ramai dengan warga tempatan.
Suasana di Air Terjun sipiso-piso. Ramai weh. Kiteorang tak shopping pun. Bapak shahir cakap elok la shopping di bandar medan aja buk. Sebabnye semua barang-barang macam pakaian, aksesori lebih murah di Medan.
Sape nak turun silakan. Weols? No, thanks. Hahaha. Bapak syahir bagitau nk turun ke bawah sana ambik masa setengah jam. nak naik pulak? Setengah mati.. kahkahkah.. kelakar bapak syahir ni :p
Menikmati keindahan pangkal danau toba |
Kita tengok dia, dia tengok kita. Tapi masing-masing tak bertegur sapa. Hahaha.. salah satu sebabnya dia tau nih bukan orang sini. So dia tak berani nak jual pada kami. Tapi sate dia menggoda tekak kami so weols pun pegi kat dia. Untung bapak shahir ada so dia berani bertegur sapa dengan kami. Hehehe. Sedap satenyer. Ade beberapa jenis, ada telur puyuh, ayam, perut ayam, hempedal dan lain-lain. Kami ambik 3 jenis je..
Sedap dan murah. Pulangan baki ngak diberi kembali. Encik Is cakap takpela. Niat sedekah aja dong.
Bye-bye sipiso-piso. Hingga ke temu lagi di lain taun. Taun biler? Ngak tau sihh. Tapi yang pasti kali nih kalau datang mau ke danau toba lama-lamaaaaaa. Cantik banget tasik tuh.
Yeay, udah mau ke danau toba. Bestnya.
Punya la banyak tempat untuk di selfie kat sepajang jalan menuju ke danau toba nih. Tapi weols tak singgah pun. Sebab nak terus ke danau toba. Perjalanan ke danau toba ni agak mencemuihkan sebab kita dah jalan jauh pun still duk tepi danau toba ni. Berjam-jam pun masih sama. Dalam hati bila nak sampai ni. hahahaha.. Last skali encik is sembang bertanya kepada bapak syahir, sebenarnya berapa panjang danau toba ni. Jawapan bapak syahir membuatkan kami ternganga. 100km panjang dan 30km lebar. Itulah keajaiban ciptaan Allah. Patut la lama sangat lalu tepi dia tapi tak sampai-sampai.. Hehe...
Otw tuh korang akan terjumpa dengan replika ikan besar nih. Ini sebenarnye dulu adalah restoren. Tapi terbengkalai. Besar sangat. Haaa...kiter ade bawak balik ikan nih. Tapi bukan lah ikan hidup2 tuh tapi ikan kering. Ingatkan siakap rupenyer ikan mas namanya. Tak dapat makan dalam tuh, dapat bawak balik ikan kering pun jadi laa...
Kater bapak shahir jarang orang malaysia bawak balik ikan kering mas nih. Termasuk kiter baru 2-3 orang kot. Almaklum tak semua orang tau ikan mas kering nih. Katenyer sedap. Rata-rata blogger cakap kene beli ikan mas kering nih sebab sedap. Kiter pun beli laaa. Tak mahal pun. Berpatutan regenyer tapi besau.
Kater bapak shahir jarang orang malaysia bawak balik ikan kering mas nih. Termasuk kiter baru 2-3 orang kot. Almaklum tak semua orang tau ikan mas kering nih. Katenyer sedap. Rata-rata blogger cakap kene beli ikan mas kering nih sebab sedap. Kiter pun beli laaa. Tak mahal pun. Berpatutan regenyer tapi besau.
Akhirnya sampai juga di Danau Toba, apa yg pertama kami buat bila sampai? Makan la jawab dia, letih naik kereta. hehehe.. Bapak syahir bawak kami ke restoran nasi padang. Menu tengahari kiteorang. Seingat kami ada 8-10 jenis lauk dan sayur yg dihidangkan. Sile makan sampai lebam. Hahaha. Macam biasa ada 2 jenis air, 1 air suam 1 lagi air berperisa. Almaklum tekak kiteorang kene minuman manis berais. Tengoklah kami sental sampai licin lauk semua tu. Mana yg tak kena dengan tekak je diketepikan.. hehehe.
Meninjau dataran danau toba setelah selesai makan |
Masa nih rasanye pukul 3 petang lebih. Cuaca terik tapi tak panas, angin dingin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cewaaah. Kat sini korang akan didekati budak-budak danau toba meminta duit. Tapi kiteorang tak bagi pun. Kiteorang beli kacang goreng kat makcik yang berjual-beli kat tepi-tepi dataran nih.
Mengikut bapak Shahir, tradisi orang sini iaitu batak karo, kaum perempuan yang bekerja. Menyara keluarga. Manakala kaum lelaki duk relax sajo, pagi petang minum kopi di kedai. Cukup bulan dapat duit. Diorang dilayan macam raja la lebih kurang. Terbalik kan. Patut lelaki la pegi keje cari nafkah untuk sara keluarga ini pompuan. Pompuan?? Ohhh..
Meh nak citer sejarah Danau Toba nih. Pada zaman dahulu kala ada seorang petani yang tinggal sebatang kara di perkampungan batak karo nih. Petani nih sangat rajin, bertanggungjawab dan gigih bekerja. Nama dia Toba. Pada satu hari, Toba nih pegi la memancing ikan di tasik berdekatan rumah dia. Sebelum mula pancing Toba nih berdoa supaya dapat ikan yang besar. 2-3 kali tarik pancing akhirnya Toba nih dapat la seekor ikan yang besar. So Toba pun pulang ke rumah dan meletakkan ikan tu di dalam sebuah bekas berisi air.
Keesokkan hari Toba nih keluarlah bekerja. Bila dah settle bekerja dia pun pulang la ke rumah. Bila sampai rumah Toba nih terkejut. Aik sape yang masak nih? Macam-macam ada. Dia pun pelik. Jenuh la dipikirnya tapi tetap gak tak dapat jawapan. Dipendekkan citer Toba nih nak siasat la sape yang rajin sangat masak untuk dia tiap-taip ari terhidang. Dah la macam-macam masakan, sedap pulak tu. Jadi Toba nih pun pura-pura pegi keje pagi tuh dan balik pada tengahari untuk menyiasat tukang masak tuh. Bila dia sampai di rumah dia terkejut bila mana kelihatan seorang wanita yang cantik, kulit putih gebu, rambut ikal mayang berada di dalam rumah dia dan sedang masak. Dia pun tanya lah wanita berkenaan. Dipendekkan citer lagi Toba jatuh chenta sama itu cewek lalu berkawen. Taaaapi bersyarat.
Syaratnye adalah kalau dapat anak nanti, jangan sesekali bagitau kat anak tuh yang dia tuh berasal daripada ikan almaklum wanita yang cantik tadi tu adalah jelmaan ikan yang ditangkap oleh si Toba berkenaan. Disebabkan terpesona dengan kecantikan wanita berkenaan maka si Toba pun setuju. Dipendekkan citer lagi diorang pun kawen dan dapat la anak lelaki yang diberi nama Samosir. Samosir nih nakal sket budaknya. Satu hari si ibu minta la si Samosir hantar bekal makanan kepada si Ayahnya iaitu Toba. Dalam perjalanan si Samosir nih lapar lalu dia pun makan bekal tadi. Bila sampai pada Toba, makanan pun takde tinggal tulang ikan sajo. Jadi Toba nih marah la. Dah la keje penat, panas lit-lit plak tuh, makanan plak takde bikin hot saja la. Bila dah geram sangat Toba pun marah pada Samosir hingga terkeluar perkataan; "dasar engkau anak ikan!".
Samosir nih pun berlari balik ke rumah dan mengadu pada si ibu. Si ibu pun rase marah dan kecewa dengan Toba sebab melanggar sumpahnyer lalu bertukarlah kedua-dua insan itu menjadi ikan. Tammat~ Panjang jugak la citer nyer walaupun asyik bagitau dipendekkan citer. Kiteorang pun turut tergelak-gelak dengar bapak Shahir bercerita. Hahaha...
Ini adalah kawasan jeti nak ke Pulau Samosir aka budak nakal tuh. Hahaha. Cerita rakyat yang pemes di Medan. Dekat sini jugak kiter beli ikan mas kering tuh sebanyak 2 ekor yang berharga rp30,000.00 sekilo.
Meninjau jeti utk menyeberang ke pulau samosir |
Konon² seni sangat la amik gmba mcm ni.. huhu |
Melancong ke tempat orang nih selain daripada menyeronokkan, kiter jugak leh belajar banyak benda. Dan lebih membuatkan kita lebih menyayangi tempat sendiri. Hahahaha poyo tapi benar. Untung kita rakyat Malaysia tau. Apa yang untungnya? Kene la pegi travel baru tau. Ecececehhh..poyoss benor bunyiknyer.
Lepas beli barang sket, kiteorang pun bagitau kat bapak Shahir tak jadi nak ke perkampungan batak aka Pulau Samosir. Sebab yang utama kiteorang bawak baby. Takut ada 'bende' yang ikut nanti. Almaklum kat perkampungan batak kan ada tempat kaum batak penggal kepala, makam-makam dan banyak kawasan yang 'real' so kiteorang skip. Bapak Shahir pun tak galakkan untuk kiteorang pegi sebab bawak baby. Jadi kiteorang putuskan untuk rehat kat hotel je.
Ini hotel kedua kami menginap, Hotel Parapat Jasa Lake Resort. Hotel baru. Tengok bilik tu luas giler, 10 orang pun muat ok. Kat tepi sekali ada pintu untuk terus main kat taman yang berlatarbelakangkan tasik danau toba. Memang heaven. Asyikkk banget deh.
Limau yang kiteorang beli tadik. Sambil makan sambil layan tv. Tengok Rhoma Irama menyanyi. Best jugak. Mase nih Incik Is bawak budak-budak tuh mandi kolam.
Ni view petang. Bukak je pintu terus nampak nih. SubhanAllah indahnya ciptaan-Mu. Tak terungkap dengan kata-kata. Memang cantik, tenang sangat. Alhamdulillah.
Makan malam. Alhamdulillah. Settle makan budak-budak nih ajak main kete plak. Ok laahh..layaannnn.
Tempat makan kiteorang. Sedap, lazat dan enak. Hahahaha.
Bayaran rp5,000.00 untuk 2 orang untuk 3x lagu. Lama giler nak tunggu abes lagu-lagu tuh sume. Tapi layankan aje la dah diorang nak main. Sejuk sangat malam-malam, sampai menggigil la kiteorang.
Settle main nih, moh la balik hotel. Mata dah ngantuk nih. Nasib la afeef tido aje jadi mama nyer pun dapat gak tido lena. Nanti kiter sambung part 3 plak ek. Seronok pegi Medan nih. Tak puas rasenyer nak nikmati pemandangan Danau Toba. Cantik sangat.
Wrote by Ana Baizura