Afeef Tak Sihat ~ Kesian Anak Mama






Assalamualaikum... 

Hari nih masuk hari yang ke 5 hari afeef tak sihat. Bermula pada sabtu malam sampai la ke hari nih aka khamis. 

Afeef nih lain macam sket dari kakak-kakaknya. Diorang kalau demam bagi je ubat settle terus. Afeef sampai kene bawak ke hospital, duk bertapa di kecemasan berjam-jam, amik neb 3 kali baru ok sket.  Hari ahad hari tuh dah bawak dia ke hospital putrajaya  sebab nampak dia letih, tak aktif, batuk kuat, nafas laju dan berkahak. Ahkak memang risau sebab dia ade masalah pneumonia mase berpantang arituh. Duk kat hospital Kangar 13 hari tau. Alhamdulillah dia sembuh pastu. Jadi bila dia demam, pastu batuk memang ahkak dengan incik Is tak tunggu lama.

Sampai sana doktor bagi neb 3 kali pastu cakap bukan pneumonia. So dia bagi ubat titik kat hidung dan ubat demam. Bayi yang berusia 5 bulan dan berat melebihi 5kg boleh diberi ubat demam mengikut dos yang doktor sarankan. Since afeef 7.2kg so boleh la. Tapi sesungguhnya ubat-ubat itu tak berkesan untuk afeef. Dia muntahkan balik ubat demam tu. Rase pelik kot sebab selama nih hanya susu ahkak jer yang masuk. 

Bila jadi camnih, nak menyusu pun tak nak. Iyelah bila batuk kuat, tekak jadi merah dan sakit. Nak menyusu pun tak selesa. Pastu plak since ade kahak bila afeef menyusu kahak tu macam menolak balik susu tu. Jadinyer afeef muntah banyak keluar susu berserta kahak. Memang ok sebab keluarkan kahak tuh tapi afeef jadi letih la sebab takde tenaga. Kesian anak aku. Macam-macam cara dah buat nih, garlic oil, mandi lemon tapi yang akak perasan, garlic oil tuh agak berkesan pada afeef. Batuk dah kurang sket tapi tetap ada cuma kuraaaanngg. So ok la.



Bila dukung dia pun rase ringan sket. Hurm...kesian anak mama. Dah tak bambam dah cam dulu. Takpe pasnih afeef minum susu banyak-banyak tau. Since afeef baru 5 bulan, ahkak memang bagi je la susu badan kat dia (dia memang fully breastfeed pun). Muntah aje akak rehatkan pastu bagi lagi tapi bukan dengan menyusu direct. Sebab dia kan sakit tekak jadi tak selesa nak menyusu so ape akak buat adelah akak bagi susu dengan syringe. 



Banyak jugak dia minum. 2-3 kali bagi ahkak angkat dan sendawakan. Mood nih jangan cakap la. Memang mood ahkak jadik swing abes. Alhamdulillah pastu dia jadi aktif sket pastu tido pun lama. Kalau tak kejap-kejap jaga sebab batuk. Kalau tak arinih memang akak masuk keje setelah bercuti dari ari isnin jaga dia tapi hati tak sedap nak tinggalkan dia. Afeef tak sihat sepenuhnya so akak decided cuti lagi. Takpe la biarlah abes cuti ahkak pun janji ahkak puas hati jaga anak ahkak. 




Walaupun kerap jugak pas bagi syringe tuh dia muntah tapi ahkak puas hati sebab at least ade susu dalam badan dia walaupun sket. Tu untuk tenaga dia. Hari selasa malam pukul 11 lebih ahkak dengan incik Is sekali lagi ke hospital putrajaya. Kali nih pun doktor bagi neb. Punya bersilat ahkak nak pasangkan neb tuh kat dia. Pas amik neb pegi lak xray pastu amik darah. Pukul 4 pagi lebih baru dapat keputusan hasil darah afeef. Ada jangkitan kuman so memang amik masa nak recovery tapi tak seteruk pneumonia dengan kata lain bukan pneumonia. Sebab dia muntah kan balik susu tuh adelah sebab dia sakit tekak dan penyebabnya batuk. So kali nih ahkak dengan incik Is lega. Bukan pneumonia. Kiteorang dah bawak baju sume sebab ingat afeef kene tahan. Ahkak mase tuh dah plan nak cuti sebulan tanpa gaji!

So weols balik rumah. Sampai rumah dalam 15 minit camtuh azan subuh. Mata masing-masing melekat ajo tapi tetap tak leh tido sebab afeef tak sihat. Dalam 10 minit dia terjaga, batuk dan nangis-nangis. Takpe la ahkak pikir ini dugaan kami suami isteri. Takpe, Allah duga kami bersesuaian dengan kami. Allah takkan duga kita kalau kita tak mampu tanggung. Ahkak syukur sangat sebab afeef bukan pneumonia. Ahkak memang fobia dengan penyakit tuh. 



Ini alat penyedut hidung. Dalam Rm27 / 28 camtuh kot. Beli kat farmasi. Sesuai untuk sarah sebab hingus dia keluar tapi bukak afeef. Kahak dia tak keluar pakai alat nih. Degil sangat kahak nyer. So macam mane nak keluar kahak tuh? Ahkak peratikan afeef akan keluarkan melalui mulut. Memang nampak banyak jugak dan agak seriau di situ tapi ikut pengalaman ahkak jaga afeef kat hospital kangar aritu, doktor cakap itu adelah biasa. Sebab baby tak pandai nak keluarkan kahak so dia akan keluarkan melalui mulut. Oh ya ubat titik hidung tuh pun untuk cairkan kahak jugak. Ia keluarkan kahak melalui najis. Bagi afeef la. Kalau baby lain akak tak pasti. 

Ahkak harap afeef cepat-cepat sembuh. At least dia nak menyusu balik macam dulu. Ahkak tau kalau batuk nih memang lambat sket nak recovery tapi tetap jugak berharap. Demam afeef pun on off. Sabar lah duhai hati. 

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih, Kau Sembuhkan lah Anakku, Afeef Nasai'e. Kasihanilah dia Ya Allah. Makbulkan lah doaku ini Ya Allah. Amin.

Share:

0 comments