Mama perati jer...
Assalamualaikum...
Hari ini ape yang dirancang tak menjadi.
Tak dapat buat pun ape yang kene dan perlu dibuat. Yang sebenarnye tak dapat buat ape2 pun, satu pun tak menjadik sebabmu anak. Mama tak dapat nak sapu sampah, kemas rumah, lipat kain, basuh pinggan,susun semula baju Sarah...
Tapi mama perhatikan aje dengan penuh kesabaran yang tinggi tatkala jari-jemari comel tuh mula memunggah baju yang telah elok dilipat. Satu per satu disepahkan,kemudian sarah toleh ke arah mama dan melemparkan senyum sejemput. Sebab senyum sejemput tuh mama tak jadi nak marah dan mama balas dengan senyuman yang lebar.
Kendian sarah beralih pulak ke motor mainan kakak Tari. Mentang2 la kakak tari kat ruang tamu jadi sarah amik kesempatan panjat motor mainan tuh. Dengan bersungguh cuba untuk tunggang motor tuh. Mama perhatikan jer kaki2 comel tuh mulakan adegan panjat2 motor tuh, mama ketap2 bibir menahan daripada menjerit bila mana nampak sarah dah macam nak jatuh. Tapi sarah stay cool...dan sekali lagi senyum sejemput pada mama. Disebabkan mama kesiankan sarah yang berusaha sedaya upaya naik motor tu so mama tolak dengan perlahan motor tu dan bila nampak sarah dah stabil baru la kelajuan ditambah. Kemain Sarah.. gelak kuat betul. Tambah seronok bila kakak dia turut sama bonceng motor sekalik. Menjerit suka dua bradik tuh.
Mama tak dapat nak masak walaupun segala bahan basah dah lama dikeluarkan. Nampaknya kena masukkan semula dalam fridge. Tapi mama boleh pulak melayan dua bradik nih main masak2. Pura2 minum air teh dan makan mee goreng.
Mama plan nak kol ayah tapi mama tak buat. Tapi mama boleh pulak main 'hallo2' dengan Sarah nih. Bukan main suke sarah gelak. Nampak dalam benar lesung pipit dia. Mama senyum lagi.
Balik keje tak sempat pun nak berehat, rasa letih sangat, mengantuk. Plan nak nap sekejap la dalam 15 minit camtu. Tapi mama boleh pulak dodoikan Sarah tido, nyanyi2, usap rambut Sarah sementara kakak tari nyanyi lagu jepun dalam utube. Dah mama kene cakap bisik2 mintak kakak tari slowkan volume, adik sarah nak tido.
Tapi ....
Tapi kan..mama tak penat walau sikit pun. Mama tak letih pun. Hati mama suka, mama terseyum je dari tadik malahan tumpang gelak berdekah2 bila dua bradik nih wat lawak. Mama biarkan aje dua bradik nih main sesama, sama2 bantu diantara yang lain. Mama sukakan moment nih. Kakak puteri sayang sangat dengan adik Sarah. Sampaikan boleh marah2 dan merajuk kalau mama or ayah marah gurau2 je pun kat adik Sarah. Mama jugak tau Sarah walaupun kecik lagi tapi sayang jugak kat kakak Tari. Mama enjoy sangaaatt. Biarpun tv kat rumah nih rosak dah seminggu tapi mama tak heran pun. Rancangan reality depan mama nih lagi best. Damaikan jiwa sangat tau.
Mama perhatikan sekeliling rumah - mainan bersepah di bilik puteri, baju yang belum dilipat lagi, bantal kusyen yang entah ke mana, to-do-list yang belum lagi terusik...
Pastu mama perhatikan Puteri dan Sarah. Wajah2 kegembiraan mama, senyuman, ketawa yang berdekah2 tuh, kakak yang tetibe je menjerit suke sambil nyanyi lagu dekat utube, tibe2 boleh plak menari, berlakon jadik elsa, pastu boleh plak selang 5 minit tanyer cantik tak sampai mama bosan nak menjawab..hahahaha. Kadang2 paksa mama berlakon sekalik, paksa mama masuk dalam dunia fantasi diorang yang macam2 hala tuh..
Then mama sedar...
Sebabkan anak2 mama ni mama dah buat semua benda. Semua benda yang mama idam2 kan. Terima kasih sebab buatkan hari2 mama jadik indah sangat. Anugerah yang sangat berharga.
Terima kasih ya Allah.
Syukur..
0 comments