Syukur Alhamdulillah


Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang melimpah ruah ni. Terima kasih ya Allah. Terima kasih yang tak terhingga kerana sentiasa ada di saat aku memerlukanmu.

Syukur alhamdulillah kerana memberikan aku kesihatan, kebahagian, kesederhanaan dalam hidup dan ketenangan jiwa. Terima kasih ya Allah kerana tidak pernah sekalipun Kau mengabaikan aku walaupun di saat aku lupa, alpa, degil, marah, tak mengikut perintahMu dan macam2 lagi. Ya Allah, kerdilnya rasa diri ini.

Syukur alhamdulillah kerana memberikan aku suami yang penyayang, romantik, baik dan menyintai diri ini seadanya. Terima kasih kerana mengurniakan kami suami isteri anak2 yang comel dengan telatah mereka yang buatkan kami rasa bahagia. Di saat pasangan lain masih belum mempunyai anak, Kau hiburkan kami dengan gelak tawa anak2. Alhamdulillah syukur ya Allah.

Syukur alhamdulillah kerana memberikan kami kesederhanaan dalam kehidupan. Syukur walaupun kami tak punyai rumah yang besar2, kereta mewah, tanah berlot2, berekar2, harta yang menimbun2, wang ringgit yang banyak tapi Kau mengurniakan kami ketenangan dalam diri, jiwa kami. Kami gembira ya Allah kerana dengan kesederhanaan ini kami masih mampu lagi sesekali menoleh ke belakang dan sesekali memandang ke depan. Terima kasih Ya Allah. Dengan keserdehanaan ini juga kami dapat meluangkan masa dengan anak2 kami, bermain, bergurau dengan mereka. Syukur..bayangkan kalau kami diberi ujian kesibukan kerja? Sudah pasti anak2 kami tidak dapat merasai kasih sayang ayah dan mamanya.

Terima kasih ya Allah. Terima kasih di atas kurniaan rezeki yang Kau berikan. Terima kasih atas segalanya. Aminn..yarobbala'lamin.


Share:

0 comments