Day 4 & Day 5 - Hatyai

Assalamualaikum...


Akhirnya sampailah ke hari keempat, dah hampir nak abes dah vacation kami ni. Tapi hati masih teruja menanti aktiviti kat Hatyai nanti. Selepas selesai membeli belah di Phuket, kami meneruskan perjalanan ke Hatyai. Tapi dipertengahan jalan tu kami dah rancang nak menyinggah di Emerald pool. Emerald pool ni sebenarnya dalam wilayah Krabi lagi, tapi boleh tahan jauh jgk dari Pekan krabi dan Ao nang tu. So klu naik tuk-tuk atau van siam tu xsure la pulak brapa charges yg dikenakan. 







Masa kami sampai pon dah petang, jam 5 lebih dah kot. hati ni girang la nak mandi kat Emerald Pool dan nk meninjau Blue Pool. Tapi dalam perjalanan tu pon dah ujan. Dalam hati ni berdoa la jangan la ujan kat area Emerald Pool tu. Mana maunyer, memang ujan jugak. Cuma tak la lebat. Tapi bagi kami masalah besar dah tu, takut budak2 ni demam pulak nanti. Bila dah berbincang dengan encik Is kami putuskan utk tak pegi ke Emerald pool tu. Sbb dari tempat kami ambik gambar ni kena berjalan lagi around 300-400 meter kot. Nak ke Blue pool pon kena berjalan lagi. So, xpyh la. Lagipon dah nak malam. Perjalanan kami ke Hatyai masih jauh. So kami meninjau kedai makanan halal yg ada kat area sini. Maka berjumpalah satu kedai ni  dgn tag didepan kedai tu "Hanya satu kedai makan halal dikawasan ini" hahaha.. So, xberlengah lagi kami pon singgah la. 

Pekerja-pekerja disini kebanyakan boleh bertutur bahasa melayu. Mungkin dorang ni berasal dari wilayah Pattani jgk kot. So senang, xpayah speaking2 london ye.. Mcm biasa kiter sbg penggemar tomyam ni kompom la nak merasa tomyam dia. Utk sarah kami nak oder sup, malangnyer tak ade. Tu yang peliknyer, dari krabi lagi kami prasan kedai2 dorang jarang menghidangkan sup, tak macam kedai2 siam kt malaysia ni. Sbb sup dan tomyam adalah specialty dorang, tapi kat sana mcm tak ada yang ada pon sup pedas mcm mana tah. Tapi beza la dari sup biasa tu..






Okeh, masa tgh makan2 tu kakak kakak pulak sakit perut. Rasanya sbb kurang makan, kakak xlalu makan masa kat sana. Seronok main aje. Tapi xtau la kot sbb nak memerut ke.. hahahah.. So bawak la g toilet dia. Ha, bercakap pasal toilet ni, kami perasan satu perkara. Boleh dikatakan toilet2 awam diaorang ni xde flush mcm toilet kita. Semuanya mcm bentuk kat tandas kat bawah tu (maaf kalau gambar tu agak ekstrim :p). Tp bukan itu yang nak diperkatakan, apa yang peliknya tak ada langsung toilet yg kotor ataupon ade meninggalkan balak2 hanyut dan sebagainya. Kalau kat malaysia ni toksah kata la, flush dah ada pon masih malas nak tarik. Saja nak pamer balak masing2.. huhu

Gambar ekstrim kita letak kecik sudahlah.. :p

Baiklah, tutup cerita toilet. Blk kepada cerita kami. hehehe.. Lepas makan kami pon bersiap utk bertolak ke Hatyai. Perjalanan masih jauh. Dijangka malam la sampai ni. Tapi ape ade hal, yg memandu encik Is. kiter teman aje.. hehe

Long story shot, kami pon sampai la kat Hatyai tu. Sekali lagi kes biasa guna google map ni adalah, tempat yang kita nak tuju tu entah mana2, tapi maps tu tunjuk kat tempat lain. Sabo jelah, maps tak hapdet rupenyer. Kena la pusing2 sikit mencari. Jumpa pun, kami dah lalu rupanya jalan tu tapi xperasan. Sbb dah malam kan, kureng la skit sbb kiter ni rabun. Sampai je tros check in dan masuk bilik. Rasa nak tido terus aje. Tapi encik is tidak. Rugi katenyer sampai2 tros tido. dia nak keluar dan menimati malam di Hatyai. Sbb esok dah nak balik. Dia keluar dgn kakak aje, kami dah membuta x sedar apa cerita. Tempat encik is nak tuju adalah tempat makan2 dan berurut! Penat memandu la katakan.. huhu.







Menurut cerita encik is, malam kat sana hidup jgk walaupun takla meriah mcm key el kan. Kat mana2 pon ada jual makanan. So, kalau kelaparan memang tak susah nak carik stall menjual makanan ni. Macam2 ada, cumanya mana yang tak pandai berbahasa inggeris dan melayu tu agak susah sikit la kan kita nak tanya apa yg dijual tu. Signboard pon bahasa dorang kan.. tengok jela last2 tu.. huhu






Last skali encik is benti kat kedai ni sbb tertarik dgn seafood2 dia. Memang kalau ikut perasaan macam nak borong semua je. Pulut ayam pon ada selain makanan yang korang nampak ni. Harga pon berpatutan la, standard harga sana la. Harga untuk udang yg kecik tu kalau tak silap THB300 kot. Encik is beli Sotong bakar dan pulut ayam je dgn harga THB280 kat stall ni.

















Hurm, tgk lah sendiri macam2 makanan ada. Nampak menarik dan sedap. Tapi rasanya satu tarikan lagi yg menyebabkan encik is dtg gerai ni ada dalam gambar diatas tu. Mmg pantang tgk gadis2 dia ni kan. Nak makan sotong bakar bersama penyapu sila buat kalau nak tgk.. hahhaa.. Okeh, sape yang nak datang ke gerai2 di kawsan ni boleh cari landmark Grand Plaza Hotel. Sekitar tu mmg banyak gerai, dorang mula berniaga bermula jam 9mlm dan keatas. Rasanya sampai 2-3 pagi la kot bergantung kepada pelanggan. 

Selesai menapau dorang gi berurut pulak. Kedai2 urut ni pun banyak, tinggal pilih je mana yang berkenan. Tukang2 urut pun ada lelaki ada perempuan, ikut selesa la nak pilih yang manakan. Bukan hanya ada urut, ada facial dan jugak pedicure manicure. Jgn tak tau, encik is terima tawaran utk buat pedicure dan manicure.. mmg lawak gila dgr encik is cerita. Bersusah payah diaorang nak potong kuku kaki dia. Kuku lelaki kan, kompom la keras dan tebal.. wakakakak




Bangun pagi, kami dah bersiap2 utk checkout dan buat aktiviti di hari terakhir disini. Rasa sedih dah mula menyelubungi. Kejap je rasa dah nak abis percutian ni.. huhu.. Lepas checkout kami keluar mencari sarapan lagi. Yup, kami tuju terus ke kedai yang dah kami search awal2 iaitu Salma. Guna google maps pon bolh jumpa. Tak banyak buang masa kami oder dan makan. Masa kami sampai tu pun ada kumpulan dari malaysia tengah makan. Kami just senyum2 je, sbb mmg dah expect jumpa ramai orang malaysia kat sini. Tengah makan pon ada orang siam kot jual surat khabar malaysia kat situ. Macam2 pulak tu, harian metro, utusan dll. Mebi dorang kirim dgn bas kot. Entah.. huhu




Settle makan terus kami tuju ke Hatyai Municipal Park. Kat sini dari apa yang kami search ada Cable car dan jugak Ice Dome. Sampai je encik Is nampak van siam tu dia main ikut je. Sekali sampai la kepuncak bukit. Kami mula2 tu tergelak2 dah dalam kereta, hajat sampai nak naik cable car, tapi dah sampai puncak nak naik cable car apenye. Takkan nak turun kebawah semula pastu naik balik. hehehe.. Tapi jangkaan kami meleset. Rupanya cable car kat sini bukan naik dari bawah keatas, tapi ianya menghubungkan 2 buah bukit. Bukit yang kami naik ni yang ada Patung gajah2 ni. Bila naik cable car tu pegi ke puncak bukit lagi satu yang ada patung budha besar tu.. Tapi pemandangan dari kedua2 bukit ni mmg breathtaking sangat.. sejauh mata memandang. Korang layan jela gambar2 kami kat bawah ni yerk.



THB 200 seorang. Budak kecik 2 orang ni pree aje

























Bila tgh buat post ni baru parasan, apesal yg sebelah ni pon kaler sama mcm patung kuning tu.. haha






Yang tengah melutut tu adalah peserta Miss Hatyai, depa tgh buat penggambaran rasenyer



Nampak anjing tu? Kakak dgn selamba nak main, dia cakap jinak.. jgn buat pasal hai anak.. huhu


Burung pon ade jual, untuk nasib baik diaorang. Beli dah lepaskan..







Hurm, mana datang bau ni? huhu




Selesai je naik cable car tu, kami pon turun kebawah, nak g Ice Dome pulak. Sampai kat bawah kami g tempat tiket tanya ni Ice Dome kan, dia pelik dan kata bukan. Rupanya dah jadi Hatyai Wonderland. Mcm nak frust, tp bila fikir sama je macam Snow walk I-City Shah Alam kami pon redha. huhu.. Tapi beli jgk la tiket masuk tempat ni. Rupanya bila dah masuk baru tau dia adalah tempat macam Magic 3D eye. Cuma beza dia kat dalam tu semua cat utk lukisan adalah Glow in The dark. So, samar2 je cahaya dalam dia. Kasut pon xleh pakai sbb nanti rosak cat kat lantai tu..

Tiket masuk seorang tak ingat, THB300 kot





























Kalau perasan banyak gambar2 diatas tu ada adik je, yang lain takde. Nak tau sbb apa? kakak buat hal, sakit perut pulak.. Kene la bawak dia keluar, so sarah layan dgn ayahyer aje. Encik is bgtau sarah behave sangat, xbuat hal pon. mana encik is suruh dia posing dia pegi je. Dah settle ambik gambar bangun n jalan lagi pegi tempat lain.. Gud la anak mama ni.. Nanti mama upah susu. hehe..

Settle je keluar dari Wonderland tu, kami difahamkan boleh masuk pulak  ke Magic show oleh magician terkenal Thailand. Nama dia NRIS rasenye. Korang cubacari kat Goole atau Youtube kompom jumpa. Notbad jugak dia ni. Kebanyakan trick dia kami dah tau sbb tgk rancangan 'Magics Biggest Secret Finally Revealed' dulu2 tu. Tapi seronok la tengok reaksi kakak Puteri kagum dgn trick NRIS ni.. Cuma adik je dia bosan dan tak tau ape kot yg terjadi, ujung2 tu dah menangis2 dah. Nasib la dapat pujuk dia dan tunggu sampai abis program tu. Kalau tak rugi jgk rasenye.


Gambar curi. Takboley ambik sebarang gambar mahupun video dalam ni.. hhuhu
Dan, setelah selesai persembahan tu kami pon bertolak lah balik ke kangar. Rasa senorok jugak bila dah sampai ke tanah air semula. Nak makan apa dan kat mana pon boleh, xperlu nak mencari sangat macam kat tempat orang. Kami tidur semalaman lagi dan bertolak Esoknya jam1.30 pagi ke Kuala Lumpur.. Smpai semasa fajar sedang menyinsing.. cewah..






Maap entry kali ni tak ada video. Gopro kami 32gb memori penuh guna 5hari 4malam kat sana. kalau tak dah tau dah nak guna lagu apa sbg muzik background.. apa2 pun lyan jela video ni eh.. Tata




Tags: memandu ke Krabi, memandu ke phuket, memandu kehatyai, bagaimana memandu ke thailand

Share:

0 comments