Persiapan Bercuti Krabi - Phuket - Hat Yai (Updated)

Assalamualaikum...



Ok, Jadi terjawablah sudah kemana kami bercuti kan. Dalam post sebelum ni mcm tertanya2 je kan kemana la depa ni pi kan, heheh.. xjauh pon, negara jiran aje. Okeh, sebenarnye kita dah sentuh skit dalam post yg lepas pasal persiapan ni. Cuma nak go details skit lagi. Banyak bab yang korang kena prepare, kalau dh biasa bercuti dan travel sendiri ni mesti dh tau apa yg kena prepare kan. 

*KENDERAAN

Bab pertama mestilah kenderaan. Pastikan keadaan baik. Air, angin, minyak itam dan lain2 telah diperiksa. Lepas tu utk tujuan keluar nagara ni ada documentation skit. Kena ada geran atau salinan geran. Kalau kenderaan nama sendiri lebih mudah, kalau nama org lain ada borang kebenaran pualk yg kena diisi oleh owner asal. kedua kena ada insurans thailand. Insurans ni boleh dibeli di pekan2 sebelum pintu sempadan. klu ikut bukit kayu itam yuolls boleh dapatkan di pekan changlun. Kalau padang besar, ada juga kedai2 insurans disana yg menyediakan khidmat ni. 


Kalau ikut wang kelian pon ada jugak wakil insurans selepas pintu malaysia tapi sebelum pintu thailand. Harga tak mahal, sekitar RM18 utk seminggu. Minima masa cover insurans adalah seminggu, maksima xsure plak tapi boleh tanyakan wakil insurans tersebut lah ye..


Nak jalan jauh kita kasi sebis dulu cik azura ni


*UBAT UBATAN

Bab ini pon cukup penting. Sediakan payung sebelum hujan. Nanti masa tgh bercuti kena sakit pulak kan naya. tambah pulak bawak anak2 kecik. Lagi la kena standby awal2. Kalau mmg kita biasa kena sakit2 tertentu, maka dengan sendiri sediakanlah ubat2 tersebut. mcm kami apa yang kami sediakan adalah Panadol, Pil chi kit teck aun, Plaster dan jugak ammeltz yoko yoko. ha, nampak tak kat situ apa penting yoko yoko tu? kalu banyak berjalan mesti kaki lenuh dan penat kan. So, sapu jela bila sengal2 nanti. hehehe.. Kami bernasib baik sbb sempat sediakan jugak ubat demam kanak2, sbb kakak demam pada malam sebelum bertolak ke krabi esoknya. kalau tak mmg spoil la vacation kami tu.. huhu..


*BEKALAN MAKANAN DAN PERLATAN

okeh, bab makanan ni mmg kami titik beratkan. Pertama kita pergi ke negara yg komunitinya majoriti bukan islam. so mungkin akan timbul masalah mencari makanan halal dan segera. maksud segera tu bukan apa, kena tgh lapar tapi baru nak mencari kedai makan mmg agak mencabar kesabaran. hehe.. baiklah, kami sediakan rice coocker, beras, milo, susu, lauk segera dalam tin, bubur segera (ofkos utk sarah seketol), megi, roti sandwich, tuna, roti krim dll.. ha, banyak sungguh kn? tu la bgus naik kenderaan sendri. keh3.. Kebanyakan masa disana kami masak sendiri bila sarapan dan minum ptg. Lunch dan dinner kami mkn dekat luar jgk. nk merasa masakan stempat la katekor.. :p

*LAIN-LAIN

wokeh, ada beberapa peralatan lain lagi yg kami bawa sekali. Pertama peralatan utk membasuh baju. yelahkan, duduk sana 5 hari 4 malam rasanya habis smua pakaian dah digunakan. tambah pulak bercuti kat laut. ada acara mandi manda, pakaian mesti la kena cuci kan. kami bawak dynamo dan jgk hanger.. ha, senang katekor. basuh aje sendiri. kalau ada bajet dan xbrapa nak rajin boleh aje anta dobi. tapi kami suka buat sendiri, so memalam mendobi la kita. keh3. (basuh sket jer yang lain anto dobi gak mase kat phuket...kene la 250 baht = rm31.25).

Kedua adalah peralatan mencuci pinggan mangkuk. yezza, bila dah bwak peralatan memasak kena la ada peralatan mencuci ye dok? 2 bende je pon, sunlight dgn span mencuci.. hehe

Ketiga lak kami bawak toto dan bantal spare. ambik hotel queen size bed kena la ada extra tempt tido kan utk encik is dan kakak. sbb mama dan seketol la yg akan konker katil utama.. huahuahua

Keempat, bila keluar negara jangan lupa untuk bawak kompas kiblat terutama negara yang penduduk islamnya adalah minoriti. Jgn harap la ada mcm kat hotel kita direction kiblat kat atas syiling, nan hado ok.. hehe.. Yup, boleh jugak guna apps tapi tak cukup tepat berbanding kompas biasa.


Kompas Kiblat


Kelima, Travel adaptor. Ni paling [enting sbb nanti nak charge henpon macam mane weh.. Encik is beli kat Mr D.I.Y jerk.. universal, mana2 jenis plug boleh pakai..


Wall Plug Universal Adaptor

Last but not least, stroller.. hahaha, ni kami bawak bukan sebab nak letak sarah sangat pon. Tapi utk bawak barang kami yg banyk tu naik dan turun hotel masa check in dan check out. hehehe.. mana taknya, barang banyak lepastu kami akan check in 3 hotel (krabi, phuket & hatyai), jadi penat jgk nak bawak brg banyak2 tu. so jadilah troli kejap stroller tu.. huhu

jadi, itulah antara persiapan yg kami buat untuk misi kami kali ini. Semua ini atas keperluan masing, mebi youolls xperlu barang2 tu dan perlukan yang lain. yg penting bawak je ape nak, kita bawak kenderaan sendiri apa nak heran. hahaha..

Ok gais, tunggu post seterusnya utk update ttg percutian kami yg sangat syiok ok.. tunggguuuuuuu 



Tags: memandu ke Krabi, memandu ke phuket, memandu kehatyai, bagaimana memandu ke thailand, persiapan bercuti ke thailand

Share:

0 comments