Percutian Ke Jogjakarta Bersama Family - Day 1
Assalamualaikum...
Trip ke Jogjakarta - Kota Sorga
11-15 November 2018
Tiket Flight (2 dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 orang bayi) = RM462.++ (return)
Servis supir = RM550
Okay, untuk rumusan kos perjalanan semua sekali nanti last day kakak akan bagitau. Servis supir tuh dah dikira murah sebab itu total untuk 5 hari kami di sana. Iye, rm550 tuh supir tuh akan bawak ke mana aje tempat wisata yang kami nak pegi.
Pelik jugak ek? Okay, untuk servis nih kiteorang tak amik full pakej means ejen tak sediakan makanan, penginapan, tiket/fees wisata untuk kiteorang. Ejen hanya sediakan kereta, supir, parkir dan minyak untuk bawak ke mana aje yang nak pergi. Taaapi sebenarnyer kan korang akan jimat banyak jugak kalau korang wat sendiri dan hanya amik servis yang macam nih. Sebab penginapan di sana kalau homestay atau hostel rm80 or rm60 dah boleh dapat. Pastu fees / tiket masuk wisata tuh sebenarnyer murah aje. Eh murah sangat lah...tak sampai 10,000 idr pun untuk kami berlima untuk satu2 tempat. Yang agak mahal mase pegi Pantai Timang. Ala yang naik gondola tuh. Mahal sebab naik jeep dalam 350,000 idr =rm100.++ . Itu aje.
Pastu kiteorang tak pegi semua tempat yang ade dalam pakej tuh. Sebab pertama kami bukanlah kaki selfie, yang kedua, ade tempat yang tak sesuai untuk pergi ngan budak2 kecik nih, yang ketiga kami pergi jogja nak makan2 je sebenarnyer. Kihkihkih
Dan kami amatlah berpuas hati dan tepat sungguh pilihan kami bila memilih untuk menginap di Hotel Paku Mas, Jogjakarta. Hotel tuh memang selesa untuk kami, layanannyer superb. Katil dikemas setiap hari, air pantang luak sket, diorang ganti baru malah bertambah2 setiap kali kami balik ke hotel. Memang puas hati sangat. Makanan brekpes pun sedap. Afeef kemain suka dengan bubur nasik tu. Eh memang best lah. Kami menginap di situ sepanjang kami bercuti di sana. Oh ya, hotel nih bukan berada di malioboro street ya jadi agak aman di situ. Kami prefer suasana yang tenang, kalau kat malioboro agak bising.
Day 1
Flight jam 3.05 petang waktu Malaysia dan dijangka sampai 4.05 petang waktu Indonesia. Harus maklum bahawasanya di sana lewat sejam dari Malaysia. Lepastu pulak waktu terbit fajar dan terbenam matahari adalah sangat beza dari kita. Means waktu solat pun beza lah kan. Solat subuh sekitar jam 4 pagi dan sunrise sekitar jam 5 pagi. Mula2 tu rasa mcm pelik n xckup tido sbb kul 4 dah subuh. Sebab kepenatan kami terjaga jam 5pagi, dah cerah dh masa tu. Ingat kami dah terlajak kul 8pg, rupanya masih awal. apa lagi, lepas solat subuh tido balik. hahaha.. Sebab waktu pejabat sama jugak mcm sini, mula jam 8 habis jam 4.30 ptg. Rasa mcm heaven jgk klu kt msia mcm ni, lpas subuh leh tido lg sejam dua baru g keje :p. Jam 7mlm pulak kt sana dah settle solat isyak. Nampak mcm sama je kan dgn sabah sarawak, tapi feel lain skit sbb jarak masa 1 jam tu.. huhu
So...best ke trip ke kota sorga nih? Meh nak stori. Rasanya citer kiteorang lain daripada blogger lain. Lain sket la... sket jer. Hahahah
Tempat wajib bergambar. Kali nih afeef dah besaq so bila dah dapat kaki nih mak aiii mama ayah harus berzikir banyak-banyak yer. Memang mencabar sungguh bawak dia kali nih. Hahahaa.. plan2 yang kiteorang rancang konon nak bagi dia tido masa dalam flight tuh tak menjadik. Sebabnya dia bantai tido awal kt epot dan lama pulak tuh. Macam2 cara kiteorang buat supaya dia jaga tapi tetap jugak lena. Masa setengah jam lagi nak naik flight time tuh lah dia jaga.. Uwaaaa....
Masa nih dalam erl. Dah nampak dah dia punyai akai. Dia akan kacau si Sarah, rebut mainan. Kalau tak bagi dah dia pulak yang nangis. Mama ayah berzikir lebih-lebih kali nih. Taun lepas bawak dia, still ok tak banyak ragam. Baik aje almaklum masih baby. Kali nih dah dapat kaki...hahahaha..
Tengok masa nih dia dah tido. Wat la camne pun tetap tido. Ok. Kakak dengan Sarah tak sabar dah nak naik flight. Dok tanyer aje bila nak naik.
Kami sampai sini lebih kurang jam 4.30 petang. Bapak Wahyu selaku supir kami di sini siap sedia tunggu dan dalam kete lagi incik is dah bagitau yang kiteorang nih masing-masing kelaparan (walaupun dalam flight dah makan nasi lemak pak nasser ngan nasi ayam hainan). Jadinyer destinasi pertama kami adalah Restoran Lombok Idjo.
Ok, trip kami ke Jogjakarta adalah lebih kepada jalan-jalan cari makan. Means, kalau tak pergi tempat wisata2 yang viral tuh pun kami tak kisah. Janji kami dapat cari makanan tempatan jogja yang sedap dan enak banget. So sebab itu lah macam yang kakak cakap kat atas tadi, trip bercuti kami nih lain macam sket.
Lombok Idjo nama restoren nih. Menu yang kami ambik adalah Pecal Lele, Nila Bakar dan jugak sup utk sarah n kakak Sup Rusuk Sapi(ni paling mahal.. haha) Pergh...terbaek ikan nila (talapia)nyer. Ikannya yang fresh, aromanya lazat, perapan dia mengena dengan ikan. Hasilnya sedap dan melekat terus dalam sanubariku. Korang kalau pegi jogja harus ke sini. Trademark dia patung buncit depan kedai. Hahahaaa.. ala supir korang mesti tau punya. Kos makan malam tu sekitar IDR180,000, sekitar RM50. Agak mahal kalau nak banding makan kt msia. Tapi yg penting puah hati.
Hotel Paku Mas, Yogyakarta (rumah anda di jogja).
Hotel nih dekat jugak dengan airport dan ambil masa lebih kurang 20 minit ke malioboro street. Tempatnya tenang, aman damai ku rasa.
Oh ya, kami booked hotel nih dari malaysia lagi. Sebab utama tak amik full pakej sebab kebanyakan yang ejen tawarkan adalah hostel @ homestay. Kalau setakat kami berdua kakak on aje tapi bila bawak budak2 kecik dan baby rasenyer kene cari penginapan yang selesa. Diorang selesa kami pun aman. Barulah seronok bercuti. Dan alhamdulillah pilihan kami tepat.
Kadar per malam di sini rm159 (termasuk brekpes), hotel nih dapat anugerah dari traveloka 'Hotel Awards 2018 for Best Guest Experience in Food Value', berstatus halal dan reviewnya tinggi. Ramai yang puji servisnya yang cemerlang. Alhamdulillah memang cemerlang. Kat sini ada kolam renang untuk dewasa dan kanak2. Itu juga antara sebab kakak pilih hotel nih.
Kami pilih family room. Selesa, afeef pun lena aje. Mamanya hepi. Hehehehe... Ini review ikhlas, tak dibayar pun ye. Bukan apa kot2 kalau korang cari hotel jugak bolehlah consider hotel nih.
Keluar sket dari hotel nih ada jalan besar dah. Memang bizi sungguh. Tepi2 jalan memang banyak warung-warung pojok. Plis la singgah dan rase. Sedap weh. Malam tuh kiteorang try rase sate kambing dan sate ayam. Sedaaaaaap. Padahal warungnyer biasa2 aje tapi ramainye pelanggan. Tapi kan jangan la risau sebab diorang akan layan kiter secepat mungkin.
Sate kambing jogja nih lain macam sket. Diorang served dengan sayur, dan cili. Memang pedas tapi enak ya ampun. Puteri makan jugak la walaupun pedas. Kami oder es teh (teh o ais) buat hilang tekak. Mula2 rasa macam pelik almaklum teh diorang nih wangi. Last2 kami sampai beli berpek2 bawak balik sebab tak boleh move on lagik. Kalau abes bekalan nih nampak gayanyer kene la cari kat kajang sbb sana banyak kedai aceh. Harapnyer ada lah.
0 comments