Percutian Ke Jogjakarta Bersama Family - Day 2

Assalamualaikum... 




"Setidaknya ada tiga hal yang wajib kamu lakukan ketika mengunjungi Jogja; berwisata kuliner, menjelajah alam dan menelusuri kebudayaan asli jawa". Padahal mengunjungi Jogja tanpa menyapa kebudayaan jawa yang ada di sana, rasanya sama seperti mengunjungi pantai tapi tidak mencoba berjalan di pasirnya - https://garasijogja.com




Pagi isnin selesai sarapan kami berfoto duluan di sekitar hotel. Banyak jugak tempat cantik-cantik di hotel nih jadi mari bergambar. Peringatan ya, day 2 nih banyak nau gambar.. sbb banyak persinggahan, cover day 1 yg hanya hari perjalanan. Mohon jangan muntah. Huhuhu...



Ambil gambar berlatarbelakangkan budak yang tak malu nih. Slamber dia aje yer. Hahahaha...



Eeeii...tak malu la awak nih.



Pagi isnin kami ke destinasi pertama. Destinasi nih memang pemes di kalangan budak2 instagram. 

Perjalanan pagi tuh agak bizi sbb ari bekerja tapi alhamdulillah kami selamat sampai ke wisata pertama di jogja. 


Wisata pertama @ Jurang Tembelan



Keren banget. Wajib datang kalau korang memang suka berfoto. Destinasi wajib gituh! Okay, fees masuk murah sajo iaitu IDR2500i per head. Kiteorang cuma dikenakan IDR7500 sajo. Di sini korang boleh ambik gambar sampai pengsan dan banyak gilers tempat yang menarik yang sengaja diadakan untuk korang berfoto sakan. 




Sesampainya kami kat sini, ternyata kamilah orang pertama. Seronok sbb xpayah beratur nk bergambar dan takde org photobom gambaq kami. haha.. Lagipun hari bekerja mmg kurang org, kalau weekend toksah cakap la bak kata supir kami. Mmg jenuh tunggu giliran nk bergambaq. masa kami nak gerak tu baru group2 lain sampai.. selamat.. hehe



Merenung dan mikirin mau makan apa sebentar lagik... hahaha. Acah-acah bebudak instagramble padahal mak budak dah weh. Takpe, umur hanyalah angka. Kahkahkah...


Layannnn...




Kalau lapar, tak jadi problem sebab ade warung, toilet dan mushola. Pas mamam leh sambung amik gambar. 

Mujur jugak kami datang ke sini  bukan waktu cuti sekolah atau hujung minggu. Suasana masih lengang. 




Ok, selesai bergamba dan bervideo utk acah2 Vlog en is, kami pun beredar ke wisata seterusnya. Tak jauh dari Jurang Tembelan ni, tak lain tak bukan adalah Rumah Hobbit. 

Bayaran masuk adalah permobil, lupa pulak berapa kosnya. Mcm biasa bapak wahyu menunjukkan tempat dan kami pun explore la sendiri. Dekat sini jugak ada rumah kayu. Cantik2 buatannya.. Apa lagik, bergambo lagi la.. hahah




Kat sini seronok layan kakak Puteri dan Sarah la. Sbb macam dalam khayalan dorang. Seronok dorang tgk rumah kecik2 tu, mcm nk buat rumah sendirik pulak. hehe





Yang budak sorang ni pulak dia bukan tau apa, yg dia tau adalah berkawad sana sini. Orang dh dpt kaki la katakan. Tak menang tangan nk mengawalnya. Pelik betul, kau tak penat ke dik? Mama dan ayah pulak yg penat kawal ni. hahaha





Budak sarah masa ni baru lepas nangis, jenuh pujuk nk bg berenti nangis. Mana taknya, jatuh kat tunggul kayu dalam syok2 nk bergambar. Adeh sakitnya.. Ayah pujuk letak kat kusi tu pujuk kata sarah cantik apa lagi, kembang la. Dan2 berenti nangis.. hehe


Ni Cik somi kita. Dia kata jangan ditegur perutnya tu, sapa tegur dia LGBT.. Hahaha.. tak ape la abg sayam, tu tanda kasih sayang yg melimpah ruah kita bagi kt dia.. kikiki

Setelah penat bergamba sakan kt rumah Hobbit tu, kami meneruskan perjalanan ke wisata seterusnya. Tau ke tak tau? hehe.. Pantai Timang yg syantik syangat tu la.. Memang tak sabar nak kesana. Dari pembacaan blog-blog dan cerita kawan2 sebelum kami kesini, nak sampai ke Pantai Timang tu mmg agak mencabar. Sebab kena naik jeep. Kereta biasa tak lepas. Bapak wahyu kata kalau kereta biasa masuk kesana bisa pecah tayarnya, batuannya tajam2 :p




Inilah Jeep yang akan membawak kami ke Pantai Timang tu nanti. Alhamdulillah comey dan tak mcm nk runtuh mcm yang lain2.. haha.. Kos utk Jeep ni IDR350,000. Biasanya tourist akan dibawak ke pantai timang dulu dan kemudian dalam perjalanan balik akan singgah makan lobster di rumah makan disini. 

Oleh kerana kami dah kelaparan sebab penat mengepung afeef, kami mintak nak singgah makan dulu barulah kemudian ke pantai timang. Supir tu on je, so dia bawak kami ke rumah makan dulu.. oyeahh



Inilah kedainya, Pak Sis.. Mula2 sampai kami tgk apa tak senonoh dinding kena conteng2 ni, rupanya tu adalah coretan dari pelanggan2 sebelum ini. Ada yang sain, ada bagi kata2, ada cari jodoh.. Eh, ygtu takde :p



Katanya ada 2 kedai makan yg menyajikan lobster kat sini, tapi yang ni adalah yg lebih sedap. Sampai2 je terus pilih lobster dan pilih paket (kita panggil pakej agaknya). Satu pesanan kami, kalau taknak rasa mahal jangan convert duit kita dulu. Rasa2 cukup dengan duit yg kita ada kira on je. Sebab nanti korang takjadi makan pulak bila memikirkan harganya. Haha.. Kami ni bukanlah banyak duit, tapi seperti yang diberitahu dalam post day 1, matlamat kami ke jogja ni nak makan, so sebat jelah.. Huhu

Okeh, berbalik pada paketnya tadi, paket 1Kg lobster bersama ulaman, sambal tempe dan juga minuman adalah IDR650,000. Kalau nk tambah ikan bawal kena tambah 50,000. Kalau nak sotong goreng tepung tambah lg 50,000. So kami ambik paket full semua ada. Nk merasa kan.. So total IDR750,000. Kami pejam mata dulu, dh balik hotel baru kami congak balik brp harganya dalam RM. Ngeeee.. Korang convert la sendiri. Kikiki



Tudia aksi kami. En somi ada strategi dia tersendiri, makan nasik sikit je. Makan lauk lebih. Sbb dia tau akan banyak lauk lebih dari kami. Hahaha.. Ulam mmg tak sentuh sangat la, bedal lauk2 je banyak. Budak2 ni makan sotong je banyak. Kami la yg menyental lobster tu. 3 ekor yg sederhana dpt utk sekilogram. Kalau yg besar dapat 2 ekor je.. Puasss sangat makan masa tu. Huhu



Selesai kami kerjakan.. Sekarang masa untuk membayar. Bertabahlah.. Terus kering duit dalam dompet ni. Tinggal yang ada pada en. Somi je lagi.. Hahaha.. Xpe, kata nak enjoy food kt jogja kan. Kalau duit belanja tak cukup, kami dah sediakan sedikit duit dalam akaun bank kami dan dah set utk pengeluaran luar negara. Tapi tu in case terdesak sangat la. Sebagai persiapan kalau2 emergency kan. Huhu



Selepas membaya makanan perjalan kami teruskan ke Pantai Timang. Memang mencabar sungguh jalannya. Masa ni mmg kena pegang afeef kuat2 sbb takut terhantuk kat dashbord jeep tu. Kakak dan en somi siap berdiri lagi kt belakang, enjoy pemandangan konon2.. Haha



apa2 pun gambar dulu yang penting.. heheh.. 




Sesampainya kat situ mmg teserlah kecantikan pantai timang ni. Kakak siap cakap mcm planet lain sbb batuan dia dan mcm permukaan bulan berlobang2. Mcm la pernah sampai bulan ye dak? :p ombak agak bergelora tapi tak taulah mmg mcm tu atau hari tu mmg ombak kuat berbanding hari lain. Tapi amat cantik bila pmbak menghempas pantai, terhasillah buih2 putih bersih.. Cewah





Tengah tengok2 panorama ciptaan Allah tu tiba2 en somi bgtau dia nak menyeberang kesana. Aduh, plan lain tp jadi lain ni. Asalnya dia kata takut nak naik gondola atau jambatan gantung tu. Tiba2 on pulak dah. Kita risau jadi apa2 je. Huhu.. Last2 dia beli jgk tiket menyeberang menggunakan jambatan gantung sebanyak IDR100,000. Kalau naik gondola sekali ganda lebih mahal yakni IDR200,000. Sebab apa dia beli jgk? Sbb dah alang2 sampai katanya. Nk sampai lain taun mmg tak tau bila lagi.. Betul la jgk kan..



Setelah memerhati dari jauh akhirnya sampai la en somi ke seberang sana. Bertapa slownya dia merentasi jambatan tu. Hahaha.. Rupanya masa dia dah balik semula tu dia cerita smpai ketengah jambatan tu tiba2 jambatan tu menyenget2 dan membuai kekiri dan kanan. Mmg kecut perut dibuatnya. Dia cakap mcm nk patah balik pun ada, tapi rugi pulak tiket dah bayo. 

Maka teruskan jgk la pelan2. Masa dia kat sana baru dia tau yang buat senget dan terhuyung hayang tu adalah eskot kita. Saja je dia buat gempak nak takutkan kita.. Hampeh btol.. Eskot ni mmg akan ikut setiap group atau individu yg merentasi jambatan ni. In case apa2 ada la org yg boleh guide atau bantu kan..







Memang breathtaking view dia dari gambar2 yang en somi shoot kt sana. Video pun ada tapi nanti kita bagi by part ye. Mmg sangat cantik, kalau tak dtg kesini bila melancong ke jogja adalah perkara yang amat merugikan sekali. Bila dah en somi sampai semula ke tanah besar supir dan pekerja kat situ bawa anak2 pulak utk bergambar kenangan bersama2..



Sesampainya en somi kat kami yg menunggu ni terus je kami gerak ke wisata seterusnya. Penat btol  menjaga afeef sementara dia kesana. Nk memanjat, nk berlari aduhai wahai anak.. Haha.. Dah, jgn berlengah masa lagi, ada wisata terakhir hari tu utk dilawati iaitu hutan pinus





Cantikkan hutan ni. Hutan ni mengikut apa yang en somi tanyakan pada pak wahyu ianya ditanam khas utk dijadikan tapak wisata untuk menarik pelancong ke jogja. Masa kami sampai ni dah petang sebenarnya. Kalau tgk dalam blog2 malaysian ramai yg tunggu sunset atau malam sbb suasananya lebih meriah dengan lampu di kawasan ni dan jugak dari bandar dibawah sana. 

Tapi kami tak sanggup dah menunggu lama sbb afeef dah mcm2 peangai dia. Kepenatan agaknya. Jadi kami ambik gamba sikit2 pastu kami pun gerak balik je. Seronok bapak supir sbb kat setiap wisata tu kami tak lama sangatpun. Hahaha



Kakak dan Sarah kalau bab posing mmg serahkan saja.. haha



Acah-acah isntagramable sangat kan.. kihkihkih




Dalam perjalanan balik tu bapak supir singgah dulu untuk mkn malam. Kami request nk mkn bakso yg sodap. Jadi dia rekemen kedai ni, bakso super jepang. Kedai ni ada kaitan dengan jepun ke tidak tu wallahualam. Hahaha.. En somi oder 3 jenis bakso iaitu jumbo, istemewa dan jgk campur. Beza pada meatball dia saja ransaya. Tapi semua pun sodap. Smpai licin kami makan.. Hahah






Opps.. Sebelum sampai kat hotel kami request lagi utk tapau street food kat sana. Kalau malam pertama sampai tu kami makan sate ayam, sate kambing dan jugak sop kaki kambing, malam kedua ni kami nk mkn terang bulan. Kebetulan gerai yang bapak wahyu bawak ni ada murtabak telur, kami pun oder skali la.. Jgn terkejut ye, mmg dari awal kami ni nk mkn mkanan sini. So mmg apa yg ada kami try. Sebab tu semua dh mula membolat :p





Akhirnya sampai la jgk ke hotel kami. Sempat lagi bergambo, kata tourist kan.. Haha.. Ok, semua dah penat, balik hotel mandi dan solat pastu bermalas malasan sambil mkn mkanan kami tapau tadi.. Fuhh.. Bagai di syorga.. Heheh.. Sebagai penutupnya saksikan video yg en somi buat sepanjang 2 hari kt jogja ni dalam video part 1 dibawah :)


Share:

0 comments