Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk datang bekerja setelah mc 3 hari. Bermula dengan batuk yang berpanjangan, ada kahak, selalu bersin walaupun tak selsema dan diakhiri dengan demam. Ahad aritu lepas balik majlis graduasi tadika Sarah, terus rasa seram sejuk. Sah nak demam. Rupanya iye.
Isnin pagi tu tetap datang ke ofis sebab dah janji nak ambil barang. Mengenangkan dah janji tak sampai hati pulak nak kensel. Lepas settle urusan, minta kebenaran nak pergi klinik tengahari tu. Masa tu Allah aje yang tau rasa sakit sendi, lemah seluruh badan. Doktor bagitau kene neb tapi aku tak nak. So doktor bagi 5 ubat sekaligus termasuk cairkan kahak, paru-paru, antibiotik, batuk dan demam. Dan juga mc untuk hari tu. Sampai rumah terus makan ubat dan tidur. Ingatkan bila bangun dah ok, rupanya makin teruk. Bayangkan nak berdiri pun tak boleh. Baring aje kat katil. Nampak macam tak teruk, macam mengada pun iye tapi hakikatnya mintak nyawa.
Selasa pagi tu, encik Is dah pesan ape-ape wassap dia. Tak dan tengahari aku dah wassap minta hantarkan ke klinik. Tolonggggg... terus terbayangkan keadaan Afeef masa umur dia 2-3 bulan tahun 2017. Anak aku kena pneumonia. Masa tu kami laki bini tak tau. Takde pengalaman macam ni. Puteri dan Sarah alhamdulillah takde kuning dan sihat walafiat. Tak pernah kene warded! Alhamdulillah syukur. Jadi memang kami takde pengalaman bab-bab anak kecik sakit ni. Allah nak uji. Dia bagi kami anak lelaki yang selama nih kami impikan. Alhamdulillah. Tapi dia bagi berserta cabaran untuk lihat tahap kesabaran hamba nya.
Pagi tu Afeef tak mau menyusu langsung. Aku angkat tangan dia. Takde tindak balas. Sua kat dia pun mulut tak terbukak. Pelik. Memang pelik. Pastu aku cakap kat encik Is. "Kulit Afeef macam kuning kan? Tak macam selalu". Pastu mama pulak cakap Afeef nampak lain. Kami pun bergegas pergi klinik. Afeef still tak bergerak. Takde langsung tindak balas. Sampai kat klinik register semua, masuk jumpa doktor. Doktor cakap ni dah kritikal. Kena bawak cepat ke hospital. Masa tu aku dah nangis. Lantak la orang nak tengok, nak cakap apa aku tak pedulik. Sampai hospital Kangar tuh, encik Is benti je kat depan kecemasan tu, aku bawak Afeef dan surat rujukan doktor tadik. Masa tuh mata aku dah bengkak. Afeef aku pangku. Tiada tindak balas. Aku ingat aku akan hilang Afeef. Aku doa dalam hati supaya Allah jangan ambil anak aku. Tolong la. Bersungguh-sungguh aku doa. Then petugas triage tu panggil nama aku dan terus panggil aku masuk zon merah. Terus doktor keliling Afeef. Ramai.
Masa tuh tangisan aku makin kuat. Aku dah tak pedulik orang keliling. Lantak. Anak aku sakit. Datang beberapa orang doktor pakar masukkan Afeef ke bilik khas. Aku tak dibenarkan masuk sekali. Memang ramai sangat doktor masa tuh. Keliling Afeef. Keadaan memang kecoh. Kejap masuk kejap keluar. Lepastu diorang ambil mesin besar dan check Afeef. Aku kat luar. Menangis bagai nak gila. Sungguh masa tuh aku tak kuat. Aku nangis, nangis, mintak kat Allah jangan ambil anak aku. Kesiankan Afeef. Dia baru nak kenal dunia. Umur dia tak sampai 3 bulan. Ambil lah aku sebagai ganti. Aku rela.
Dekat sejam aku tunggu kat luar. Barulah ade sorang doktor keluar bagitau anak aku dah kritikal. Kuman dah merebak ke dalam paru-paru. Kalau aku lambat lagi bawak ke hospital, memang hayat anak aku sampai situ aje. Allah.... terduduk aku. Encik Is datang terus tenteramkan aku. Afeef dibawak keluar dan aku disorong dengan wheelchair terus ke wad NICU. Encik Is ikut sekali. Masa tuh memang aku menangis semaunye. Ya Allah...janganlah ambil anak aku. Tolong lah ya Allah. Kasihankan lah anak aku. Ampunkan lah dosa-dosa kami.
Sampai NICU Afeef dimasukkan ke wad ISO. Wad pengasingan. Dia sorang je dalam tu. Memang ketat peraturan kalau nak masuk kat situ. Kalau tengok gambar Afeef masa tuh, sampai sekarang aku berlinangan air mata. Kiri kanan atas bawah masuk wayar. Masa tu dia dah tak sedar. Tiap-tiap hari kami pergi melawat dia. Tiap-tiap kali masuk tiap-tiap kali jugak la aku menangis sambil baca yasin. Kami akan tunggu sampai habis waktu melawat. Sampaikan doktor / nurse kat situ kenal aku. Ibu yang kuat menangis. Apa-apa sikit aku menangis. Aku rasa sensitif sangat kalau mention pasal Afeef. Selama 14 hari Afeef dalam tu, banyak benda aku dan encik Is belajar. Daripada Afeef kaku sampai dia boleh bukak mata, cari kami, sentuh jari kami. Ya Allah, syahdu aku rasa. Sungguh. Mengalir air mata. Bayangkan tiap kali ada nombor baru yang naik kat skrin tepi Afeef tu, aku mesti risau. Aku rasa mesti nurse menyampah jugak dengan aku. Sebab semua benda aku tanya.
Kesian Afeef. Habis kena cucuk. Wayar berselirat. Daripada 3.0kg masa lahir turun jadi 2.++ aje. Aku dah tak ingat exactly berapa kg. Memang kurus dia. Kesian anak aku. Doktor bagitau Afeef ni kuat semangat, jadi mama ayahnyer kene lagi kuat semangat. Akhirnya Afeef boleh discaj. Alhamdulillah. Hepi sangat aku dan encik Is. Lepas habis pantang, kami balik KL. Masa tuh aku nekad nak full breastfeed. Encik Is sokong. Masa Puteri dengan Sarah aku tak fully breastfeed. Kali nih aku nekad sampai beli deep freezer.
Alhamdulillah, susu melimpah ruah. Bayangkan rezeki Afeef dan dua orang lagi anak susuan aku. Alhamdulillah sangat. Kita merancang Allah yang menentukan. Cukup la setakat tu cerita Afeef. Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah, kita takkan tau keadaan orang tu selagi mana kita tak berada di dalam keadaan tersebut. Bayang kan anak aku yang masa tu umurnya 2-3 bulan, tak dapat nak bagitau dia sakit, dia tengah kritikal sakit pneumonia.
Ya Allah, betullah masa sakit kita akan merasa lebih dekat dengan Allah. Aku lah tu. Aku nih jahil, banyak buat dosa. Tak istiqomah dalam buat sesuatu benda. Ada aje yang menghalang. Kadang-kadang aku yang malas. Tapi Allah tu kan, baik sangat. Terlampau baik, bagi lagi peluang dekat orang macam aku nih.
Ya Allah, berdosanya aku. Teruknya aku. Jangan lah berputus asa dengan aku. Aku takut ya Allah. Kalau kat mata orang mungkin sakit nih tak seberapa, bukan kene warded pun tapi cuba kau kene macam aku kene atau lebih lagi. Baru tau feeling tu macam mana.
Ya Allah, terima kasih atas segalanya, segala nikmat yang Kau berikan. Alhamdulillah.

Wrote by Ana Baizura