Fun Day @ Teluk Kemang, Port Dickson

Throwback cuti deepavali bulan lepas. 

Sarah asyik la ulang cakap nak mandi pantai, nak mandi pantai, berkali-kali sampai tak larat dah rasanya nak dengar. Plannya cuti 3 hari nak balik tengok kakak, tup-tup encik Is kerja pulak so plan kensel. 

Pas balik kerja, encik Is bagitau nak jumpa customer dia kat area PD esok tu.  So kalau nak bawak budak-budak jalan boleh lah. Waaahh.. ini sudah bagus. Tak la mereput kami anak beranak cuti 3 hari kat rumah. Tapi memang dapat agak la kan betapa meriahnya pantai PD tu hari isnin tu. 


Sampai sana pun dah tengahari. Sampai aje area pantai, terus cari mana-mana khemah. Alhamdulillah dapat. Dengan bayaran Rm15 kot rasanya sebab dah tengahari. Encik Is dengan anak-anaknya aje lah yang mandi. Aku jadik mem besar, rehatkan badan. Panas sungguh hari tu. Kecik aje mata aku tengok diorang mandi. 

Disebabkan plan datang ke sini pun ala-ala santai, aku takde la nak bawak makanan. Beli aje lah nampaknya. 


Budak paling happy hari tu mestilah Sarah. Dah tak sabar nih nak mandi. Afeef pun tak padan kecik. Naik ke darat ni waktu lapar aje. Pas makan sambung balik mandi. 


Naik motor pantai ni kalau tak silap aku bayarannya rm10. Best la jugak bawak anak-anak meronda tepi pantai di waktu panas terik matahari. 




Saja letak gambar ni. Takde kaitan pun dengan cerita atas. Bila tengok gambar ni, terasa cepatnya masa berlalu. Masa ni Sarah baru 3 tahun, kakak 7 tahun. Plis jangan cepat sangat besar. 

Share:

1 comments

  1. Goyo Casino Review - GoyangFC
    Check 울산 대딸 out 우리계열 Goyo mgm공식사이트 Casino review and learn about 강친닷컴 the deposit and 토토 배당률 보기 withdrawal options for Canadian players, including a huge variety of games, promotions,  Rating: 3.2 · ‎Review by GoyangFC

    ReplyDelete