Sunday = Outing Day

Aku dah bagitau awal-awal en.Is nak pegi cari roti butter yang legend tu. Apatah lagi bila dia bagitau weekend nih dia tak kerja lagi lah ligat otak aku mikior nak pegi mana weekend nih. Jadinya pagi ahad tu aku dah tak pikir dah pasal nak makan nasi kerabu. Semalam kan dah makan. So hari nih jom ke tempat lain pulak.

Tak lain tak bukan kalau hari ahad nih meh la ke Carboot Sale @ Puncak Jalil. Dah lama tak datang sini. Cuci-cuci mata, tercuci poket sekali. Selalunya kalau ke sini aku jarang membeli keperluan aku. En. Is akan lama di tempat yang berkaitan dengan aksesori kereta, barang rare dan anak-anak pulak mata akan melilau tengok mainan. Mainan daripada selalu yang kita jumpa sampai la ke mainan yang dulu kala pun ada. Best kan. 

Barang pertama yang dibeli adalah baby doll. Kali nih 'baby' si Sarah chubby nau. Comel aje aku tengok. Kuat menyusu gamaknya. Hahahahaa...  


RM10 rege anak si Sarah nih. Si Afeef paw ultraman, pun rm10 jugak tapi yang aku hangin tu sebab kecik aje. Memandangkan anak aku dah pegang ultraman tu, jadik aku pun ok aje lah membayarnya sebab masa tu aku tak hangin lagi. En. Is cakap dia dah bagi hint, buat-buat tanya nak amik ke patung nih. Mana aku paham hint dia tu. Aku nih sejak dua menjak nih lebih prefer stail berterus terang.





Masa berposing dengan anak masing-masing. Si Afeef tak abes-abes buat aksi ultraman dia tu. Kalau kat rumah abes kiteorang di ultraman kan. Anak lelaki sorang nih lasak kemain. Dia fire kita, kita pengsan. Time kita fire dia, dia tak pengsan pun, relax je. Hebat betul power dia. 



Masuk kali nih aku dah tak tau dah berapa banyak baby yang dia ada. Tapi harus diakui baby doll kali nih comel nau, chubby lagi. Nasib jugak dia nak yang nih. Buatnye kalau nak yang besau, yang boleh makan, minum, kencing tu mau aku pangkah dah terus nak ke sini.




Lepas pusing-pusing situ, beli barang sket jom la balik. Bukan balik rumah tapi makan. Perut dah berkeroncong. Aku mula-mula ingat nak makan nasi lemak aje tapi En. Is bukan main nak makan kat Pantai Dalam, restoren Anis Puteri Gulai Kawah. Dia memang suka restoren tu. Dalam sebulan mesti pekena sekali. Kat situ lauk-pauknya banyak. Rambang mata dibuatnya. Semua ko nak letak dalam pinggan, nak-nak pinggan dia sememangnya besau. Pandai dia kan.


Jom jamu mata.




Kalau tanya tekak en. Is, gulai kawah kat sini sedap. Tapi kalau nak lagi kick dan lebih feel, kat Equine Park. Gulai Kawah restoren Baling area Equine Park tu lagi kick dan feel sebab kalau makan terasa macam tengah makan kat tempat kenduri. Ni tekak dia la kan. Lain orang lain tekak. 




Aku suka part ulam ni. Ada ulam raja, daun selom, timun aku dah ok. Dah kena dah dengan selera kampung aku. Tambah dengan sambal belacan pulak, on!


Inilah makanan tengahari kami. Gulai kawah, sup daging untuk anak-anak dan ulam-ulaman. Yang tak ada dalam gambar adalah makanan yang aku pilih dan kudapan wajib sarah, cheezy popia tu. Sebalang tu dah memang dia punya. Kejap je abes benda tu. Kalau nasik kemain bercinta dia nak abeskan. 

Settle makan barulah ke kilang roti kat Kajang tu. Macam-macam pilihan ada. Biasa kami beli kat mamak roti area rumah aje tapi kali nih saja la datang kilang sendiri.





Ada 5 flavor; butter, koko, jagung, pandan dan strawberi. Kami ambil setiap satu. Makan roti lah kita sebulan. 








Muka puas hati dapat borong roti untuk kawan-kawan dia. Dah siap bagitau nak bagi Dina, Fateh, Amat, cikgu-cikgu tadika dia. 




Tak sampai sebulan pun, pagi nih dah tinggal kurang 10 pek. Hahahaa.. Sarah dah bawak bekal nak bagi kawan-kawan. Takpe la asalkan dia happy dan tak membazir roti, aku dah alhamdulillah. Semoga kami sekeluarga dan korang juga dimurahkan rezeki dari pelbagai segi, kesihatan, kewangan, kekayaan, ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan. Amin.




Share:

0 comments