Langkawi
Pergi Langkawi dengan menggunakan tiket promo murah Air Asia. Memang best sebab murah kan. Sape yang tak suka. Pergi 5hb balik 8hb Oktober. Sampai Langkawi pun dah malam. Pergi time-time cenggini memang best sebab tak ramai. Cer bayangkan kalau pergi time cuti sekolah??
Sampai KLIA 2 , dah kene bayar rm79 sebab beg lebih muatan. Walau pun lebih itu sikit saje yer. Padahal kat rumah tadi rase macam ringan je. Sekali amik ko rm79. Tapi penyejuk hatiku bila afeef tido aje sepanjang perjalanan ke Langkawi. Alhamdulillah, lancar perjalanan. Senyum manjang mama ko.
Sampai Langkawi, encik Is terus gi amik kete kat parking lot. Masuk dalam kete, dah berkelip-kelip yer, nak kene isi minyak. Gamaknyer punye la lama penyewa sebelum nih tak isi, sampai kiteorang dah nak sampai roomstay baru la naik 4 takuk. Kalau tak naik, memang kali nih aje aku deal ngan owner kete sewa nih. Lagi satu cerita yang boleh tahan lawaknya. Encik Is wassap owner roomstay dan dia pun sent la location. Kami sampai tapi kiri kubur, kanan rumah orang. Biar betik? Dalam wassap gambar roomstay kemain lawa, baru, di tepi bendang, angin sepoi-sepoi bahasa, awan biru berarak tapi alih-alih sampai?? What the heck! Aku cakap kat encik Is.
"Abang, jangan gitau kawan abang yang kiter jumpe kat airport tuh kite duk roomstay camnih, haishh..malu kiter".
Laki aku berdekah gelak [padahal dia pun takut].
Memang kami laki bini takut dan marah sebab masa deal tu gambarnyer lain. Sebenarnyer kami tak kisah pun kalau duduk roomstay waima homestay berdekatan kubur tetapi pada kami kejujuran itu penting. Kalau dia mention siap-siap bahawasanya roomstay nih dekat sangat dengan kubur, tiang pun tunggu hari nak patah, kami ok. Janji jujur ok. Tak lama lepas tuh, pakcik owner pun datang naik motor tunjukkan arah yang betul. Hahahaha.. mase tuh sekali lagi kami berdekah gelak sebab rupanya roomstay tuh masuk ke dalam sikit. Dan alhamdulillah memang sebijik macam dalam gambar wassap. Kami lega, syukur tak kene ranjitt [tipu]. Dan-dan aku cakap, "Ok, abang leh bagitau kat kawan abang." Hahahaha...
Pakcik tuh baik sangat, siap mintak maaf sebab lambat, siap bagi extra selimut untuk anak-anak aku. Alhamdulillah. Ni first time pergi bercuti duduk roomstay. Memang aku puas hati. Korang kalau nak pergi Langkawi, aku cadangkan duduk kat sini. Memang terbaik, Semua kelengkapan ada, aircond, heater, baldi, extra toto, extra selimut, gula, teh , memang lengkap. Yang paling penting bagi aku adalah iron. Biasalah orang pompuan, nak ke mana-mana mesti ade iron. Leh hilang mood kalau takde iron ni.
Pagi esoknyer, kami ronda-ronda jalan depan kampung. Memang best. Aku suka, laki aku pun suka. Kalau dulu kami mesti booking hotel area bandar/pekan. Tapi kali nih dapat roomstay yang tenang, tak jauh sangat dari pantai cenang, tepi tu ade bendang, memang best.

Pemandangan waktu subuh. Yang kaler oren tuh, itu homestay. Yang ade kete dan sebelah tu roomstay. Luas kawasannye.
Brekpes pagi dekat sini. Ya Allah best sangat. Sampai azam aku nak pegi makan kat Nasi Dagang Pak Malau pun kensel. Sebab kami leh makan dengan tenang dekat pondok yang disediakan kat sini. Berlatarbelakangkan suasana kampung dan sawah padi.
Singgah sini tapau nasi lemak kunin'. Dap o0o0o...
Brekpes pagi dekat sini. Ya Allah best sangat. Sampai azam aku nak pegi makan kat Nasi Dagang Pak Malau pun kensel. Sebab kami leh makan dengan tenang dekat pondok yang disediakan kat sini. Berlatarbelakangkan suasana kampung dan sawah padi.
Kawasan luas, bersih sangat. Pakcik nih memang jaga room/homestay dia. Memang puas hati. Haish...saya suka, saya suka.
Sarah dan bunga jangan dipisahkan, kelak merana jiwa
|
Lepas selesai brekpes semua, ayuh ke destinasi pertama Buffalo Park.
Beli tiket dulu, Rm16 sajo |
Upah susu kerbau. Kakak-kakak makan aiskrim, dia bagi susu nih.
Kejap jer duk situ. Ok lah. Erm..best untuk budak-budak la. Mak bapak macam biasye-biasye je sebab dah biasa tengok mase kecik-kecik dulu.
Mari ke Skycable Car. Pak budak memang eksaited. Dari rumah lagi dok ulang-ulang nak pergi Skycable Car tu. Kalau ke Langkawi memang situ lah dia. Nampak macam berani tapi bila naik dia pulak yang diam, takut. Tapi lepas tuh nak naik lagi. Nasib baik tak naik glass bridge tu. Aku layankan aje.
Lepas siap naik kete cable tu kami pegi pulak ke Sky 3D, Skydome dan jgk Skyrex. Sbb harga tiket dah termasuk skali so layan jelah. dalam tiga-tiga ni yg best pun sky 3d je. yg lg dua tu tayangan video je. Skyrex kami xmasuk sbb malas nk beratur, faktor usia gamaknya xkuasa nk menunggu lama2 ni. hahaha
Perut pun dah lapar jadi marilah cari kedai makan. Plan nak cari yang selalu orang pegi tuh, yang viral tu tapi perut dah lapar, hujan pun dah start turun so tak yah la. Jadinyer kami benti je kat mana-mana restoren yang lauknyer banyak terhidang.
Petang tu ronda-ronda area Pantai Cenang. Dah jadi macam Krabi dah aku tengok. Memang happening. Best. Tapi sesak lah. Nak parking pun susah. Cari jugak hotel yang aku nak book tu tapi jumpa signboard je. Hotel tuh memang bukak aje pintu terus nampak pantai. Dalam hati bersyukur sebab dapat roomstay tu. Ronda-ronda terjumpa pasar malam. Apa lagi, borong sakan la makanan.
Pagi hari isnin, bende pertama makan la.
Laki aku dah plan nak shopping coklat. Dia pulak yang eksaited. Patutnya aku. Sebelum tu dia dah bagitau nak gi Beras Terbakar. Tapi sampai ke sudah tak pegi-pegi pun. Pastu plan jugak nak pegi Makam Mahsuri. Sebabnya nak bagi pendedahan dan pengetahuan kat anak dia si Puteri pasal sejarah Langkawi ni. Pun tak pegi. Aku rasa bercuti kali nih sangat relax dan santai. Kami tak terkejar-kejar, ini yang aku suka. Lebih rasa smooth dan tenang. Takde tergopoh-gapah ke ape ke. Semuanya selamat dan berjalan lancar.
Pagi hari isnin, bende pertama makan la.
Banyak menu dia, rambang mata tengok. Lokasi depan sekolah rendah padang mat sirat
Laki aku dah plan nak shopping coklat. Dia pulak yang eksaited. Patutnya aku. Sebelum tu dia dah bagitau nak gi Beras Terbakar. Tapi sampai ke sudah tak pegi-pegi pun. Pastu plan jugak nak pegi Makam Mahsuri. Sebabnya nak bagi pendedahan dan pengetahuan kat anak dia si Puteri pasal sejarah Langkawi ni. Pun tak pegi. Aku rasa bercuti kali nih sangat relax dan santai. Kami tak terkejar-kejar, ini yang aku suka. Lebih rasa smooth dan tenang. Takde tergopoh-gapah ke ape ke. Semuanya selamat dan berjalan lancar.
Sampai HIG, borong coklat dan beli beg baru. Habuan nak letak coklat tuh dalam flight nanti. Pastu teringat maktok pesan nak minyak gamat. Jadi aku borong minyak gamat, minyak gamat panas dan macam-macam minyak panas yang lain.
Dan tak lupa aku borong jugak balm resdung. Best sebab ada macam-macam bau. Aku amik bau strawberi, lavender dan bau herba [lupa]. Kali nih segala mak nenek keychain, fridge magnet aku tak beli. Tak kuasa, jemu mungkin. Lagipun Langkawi kan, semua orang dah pegi. Hajat hati nak beli set sudu dengan pinggan mangkuk pun tak terbeli. Duit yang sepatutnya untuk itu aku guna untuk borong coklat. Tak menyesal tapi puas hati. Dah lama nak makan coklat banyak-banyak. Tapi adatlah mak bapak makan sket, anak-anak yang dok berulang makan macam-macam coklat.
Petang tu kami ronda-ronda lagi. Kali nih pekena laksa ikan sekoq kat area airport tu. Hurm... masa datang dulu rasa terkilan jugak sebab tak dapat makan tapi kali nih bila dah dapat makan, sesungguhnya takde la terkilan mana. Pada pandangan kami laki bini, rasa laksa nih biasa-biasa saja tapi tu la ikut tekak masing-masing kan, agak pedas pastu pada aku macam menyusahkan sebab kena buang tulang-tulang ikan semua tu. Itu la lain kali oder la laksa biasa. Hahaha.. Takpe, dah rasa sekali kan, ok la tuh. Pasnih kalau pegi lagi makan kat situ leh oder laksa biasa aje. Makanan lain pun ade.
Yang paling mahal sekali adalah suasana makan di tepi pantai. Itu yang syahdu. Makan laksa sambil disapa angin yang bertiup sepoi bahasa.
Seronok budak-budak ni, bukak peti ais je penuh coklat. Abes satu amik satu, abes lagi amik lagi.
Awal pagi selasa kami bertolak balik, smpai lebih kurang jam 10.00 pagi, alhamdulillah selamat sampai KLIA 2.
Begitulah seronoknya bercuti. Yang tak seronoknya sampai kat rumah, Puteri mengadu sakit telinga. Bila suluh dalam telinga, mak aii merah menyala. Pastu demam jugak. Petang tu jugak bawak ke klinik. Doktor cakap ade infection dan memang akan ade demam, muntah pun boleh dapat. Nasib baik Puteri demam saja. Syukur alhamdulillah hari nih [khamis], telinga dia dah makin baik. Doktor bagi mc sampai jumaat nih pastu kena pegi jumpa dia balik untuk check lagi sekali.
Trip kali ni taktau la en is nk buat acah2 vlog dia tak kat cenel youtube dia. Trip sebelum2 ni semua dia buat. Kali nikatanya ada masalah sikit, video yang dia shoot smua jadi berat sangat n sampai hang dibuatnya pc dia. Setting GoPro lari gamaknya. Kalau ada nanti adalah tu. Nk usha2 video2 sendu dia just klik link ni okay https://www.youtube.com/channel/UCFuxRd6p61sU8vJsdSgKccw
Budak meragam taknak pakai seatbelt.. |
Alhamdulillah, trip kali ni berjaya menghasilkan baby luggage setelah gagal dalam banyak percubaan sebelumnya. Berkat tasik dayang bunting gamaknya. Pergi 2 baliknya 3.. hahaha |

0 comments