Potluck Geng Ofis

Bahagian aku nih boleh kata tiap-tiap hari ade je makanan. Walaupun kaum wanita tak ramai tapi boleh dikatakan kami rajin [nak makan kan, harus la rajin]. Lagi pulak aku macam dah jemu dengan makanan kat kafe sebab dah boleh agak menu apa, rasa dia macam mana. Sama ja tiap-tiap hari. 





Jadi marilah membawa bekal. Selain daripada jimatkan duit, jimatkan masa, jimatkan tenaga nak keluar dan macam-macam lagi jimat, makanan yang kita masak sendiri nih selalunya meriah. Meriah dengan segala macam lauk-pauk dan sayur. Itu yang aku suka. Sorang bawak sejenis lauk , bila kumpul-kumpul punya banyak. Dan staf lelaki Bahagian aku nih jugak bertuah sebab tiap-tiap ari [boleh dikatakan] dapat makan makanan berzat. Hahahaa... Dan depa nih jugak rajin masuk ke dapur. Mintak mahap semuanya dah kawen kalau tak leh je aku adjust.

Kalau bab makan-makan nih memang aku tabik spring diorang nih semua. Sebab semua willing nak bawak makanan. Even bos besar pun sama, suka masak. Cakap je nak makan ape, esok tuh mesti dia siap sedia bawakkan. 







Macam potluck yang nih, aku bawakkan nasik sebab lauk dah banyak. Siap dengan dessert pun ada. Ulam semua cukup lengkap. Seronok buat macam nih. Lepas makan semua pakat-pakat tolong kemas. Baguskan, takde pun yang curi tulang, ngelat-ngelat ke. Mase nih aku join Bahagian lain tapi khas untuk member-member kamceng aje. 

Sebenarnyer banyak lagi gambar-gambar makanan tapi karang naik muak pulak jadi letak sket-sket je la. 



Ni sorang lagi. Tiap-tiap hari panggil aku makan brekpes kat tempat dia. Ya Allah, dah lah masak sedap, tak lokek pulak tu. Kita kan boleh rasa tau macam mana rasa masakan yang dibuat dengan ikhlas, lahir dari dalam hati yang suci murni. 





Hahahaa.. Rasa makanan dia lain. Kak mary nih kalau masak memang sedap. Murah rezeki dia. Kalau bab rajin tuh memang dia la. Alhamdulillah, syukur. Ini salah satu bentuk rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan. Kawan yang baik, majikan yang baik, pejabat yang baik, semuanya yang baik-baik. 

Alhamdulillah. Bukan datang dalam bentuk wang ringgit aje rezeki tu. Alhamdulillah. 



Gambar nih takde kene mengena dengan tajuk di atas. Saje tempek gambar mek sarah nih. Sarah dengan baby bunny, kadang-kadang jadik baby kadang-kadang jadik beg. 2 in 1. 


Share:

0 comments