Jumaat
Selalunya kalau hari jumaat, aku memang balik rumah. Rehat lama kan, jadi marilah membuta di rumah. Tak lah membuta sangat pun, ada je keja yang aku buat. Layan tv pun best jugak, makan depan tv tanpa gangguan anak-anak adalah heaven.
Me time bahasa english nya. Recharge balik tenaga. Buat apa yang kita suka. Layan movies yang kita suka, sidai kain, lipat kain tanpa gangguan si kecik. Kalau afeef ada, dia memang suka duduk tengah-tengah laman tempat aku lipat tu padahal punya la luas lagi ruang tamu tapi kat tempat aku lipat kain jugak yang dia landing. Jadi kalau boleh siap lipat kain dalam masa sejam dah jadi 2 jam tapi manjangnya to be continue. Sebab lepas dia landing, dia akan mintak upah - susu.
Bukanlah aku cakap anak tuh gangguan. Tapi kalau boleh ada masa 'me time' walaupun sekejap grab la. Banyak membantu untuk recharge balik tenaga tubuh badan kita nih. Masa tuh la nak buat apa yang kita suka pun.
Pagi ni macam biasa, ada sedikit juadah di Bahagian aku. Macam yang aku bagitau bahagian aku nih memang suka masak-masak. Pagi nih rezeki makan ayam masak kicap dan telur rebus bersama kopi o panas. Alhamdulillah.
Jumaat juga adalah hari kami ber-wefie. Acah-acah kurus pakai hitam. Pastu nak nampak lagi kurus, korang pejam mata. Confirm kurus.
Aku suka pulak dengan baju kurung kedah yang ni. Walaupun saiz dia agak besar tapi aku suka. Mungkin efek kurus kot [walaupun hakikat tidak].
Tengahari aku dah book si nad nih, beauty consultant mary kay. Saja lah dengar penerangan dia. Aku suka cara dia. Dia jenis tak paksa orang untuk membeli. Jujur dan ikhlas. Dia akan bagitau yang mana buruk, buruklah, yang baik, baiklah. Sejenis yang tak menipu. Boleh pergi jauh nad ni.
Tuan rumah semestinya kak mary. Punyalah meriah siap jamu kek, buah jambu, buah dokong, lengkap dengan pencicah. Air bawak lah sendiri. Memang asyik dengar penerangan nad ni.
Kalau nak tau apa jadi ke tidak kami try mary kay, kene tunggu next episod. Pilih produk yang betul jangan yang timbang kilo ye.
0 comments